You don’t have to be big. You have to be remarkable

Settle Pendaftaran PASTI Sesi 2024

 Assalamualaikum...


Settle Pendaftaran PASTI Sesi 2024 | Lega betul rasanya bila dah selesai pendaftaran PASTI Naura ni. Area perumahan aku ni ada empat buah PASTI dan PASTI yang aku daftarkan Naura ni sangat aktif berkongsi segala aktiviti sekolah di facebook. Di sebabkan itu aku memilih PASTI taman sebelah aku. Senang aku nak tengok aktiviti kat sekolah nanti.

Masa aku sampai ni taklimat dah selesai dan memang ibu bapa menunggu turn ikut nombor yang telah diberikan.

Sementara menunggu turn, aku ambil bihun goreng untuk Aryan. Berselera sungguh dia makan dan yang paling aku tak sangka siap tarik tangan aku ajak pergi tambah bihun tu lagi. Aiyoooo... Aku ajak Lurviey pergi lepak breakfast la dulu sebab turn aku lama lagi. 

Selfie sambil menunggu turn. Excited sungguh Naura dan tak sabar nak masuk sekolah katanya. Banyak kali tanya lama lagi ke kena tunggu. Haishhh... 

Dah settle makan, Aryan pula memerut. Nasib baik rumah dekat, boleh balik rumah cuci dan tukar pampers dulu. Settle cuci terus ke PASTI. Masa sampai tu kena tunggu lagi 3 orang sebelum turn aku. Settle 3 kaunter terus naik tingkat atas ambil baju. 

Jenuh juga nak cari saiz baju. Uniform saiz M dan baju riadah saiz L. Kalau baju riadah ambil M memang senteng pendek seluarnya. 


Dapatlah dua uniform dan satu baju riadah. Uniform tu memang tambah satu sebab empat hari pakai uniform satu hari pakai baju riadah. 


Yuran PASTI Sesi 2024 



Cara Nak Daftar PASTI 

Pergi PASTI yang korang nak daftarkan anak dan tanya kekosongan serta bila tarikh buka pendaftaran. Aku sebelum ni masa Naura 4 tahun, aku pernah tanya tapi pendaftaran dah tutup dan tiada kekosongan lagi. Jadi aku sentiasa whatsapp pengurus tanya bila tarikh buka pendaftaran sebab aku takut terlepas tarikh pendaftaran. Masaklah nanti nak cari tadika lain. Lepas tu nanti kena register online dan pilih PASTI mana korang nak dan bayar booking RM100. Siap. Tunggu je arahan seterusnya. Duk bandar ni ada kuota kecuali korang nak daftarkan anak korang kat tadika private yang pastinya banyak pilihan dan tumbuh bak cendawan selepas hujan gitewww.

Alhamdulillah settle. Settle pendaftaran terus ke stor. Azab nak balik dari Selayang ke stor lalu Wira Damai. Jalan sesak teruk. 


P/S : Badan masih penat. Tekak masih terasa Asam Pedas Melaka kelmarin. 


Tag : nanieydom
13 Comment for "Settle Pendaftaran PASTI Sesi 2024"

Boleh senyum lagi tu... anak2 sekarang dah tak takut dengan sekolah dah kan?

Bagus sek pasti. Anak2 Cie 2 orang sek pasti dari umur 4 tahun - 6 tahun.

Itulah nampak gemira Naura menunggu giliran.
Comel pakai tudung.

Lady dah daftar bulan lepas melalui online.. di sini melalui online sahaja dan terus cetak dan hantar surat ke pasti yang dipilih.

Sekarang musim daftar anak sekolah, sekolah rendah kebangsaan dan agama juga sekolah menengah.
Bagusnya Ayyan makan bihun goreng siap minta tambah lagi. Sedap ye Ayyan?

Alaaa.. Comey nya Naura. Excited tu nak masuk Pasti ya. Moga berjaya dunia akhirat.

jamni kt mana2 pon sesak jalanraya., huhu

Alhamdulillah rezeki dapat Pasti berdekatan rumah . Ceria jer muka anak-anak

seronok tgk aryan selera dia makan.. goodluck Naura nak masuk pasti

Comelnya anak-anak. Anak-anak zaman sekarang ni lebih berani nak masuk sekolah....

Lega dah settle satu perkara. Senang dekat dengan rumah dan menepati apa yang kita nak kan. Belajar rajin rajin ya Naura. Wahh adik, suka betul dia dengan bihun goreng ye siap suruh tambah. hehe..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top