Resepi Solok Lada Kelantan Sedap Dan Mudah Step By Step

 Assalamualaikum.. 

Resepi Solok Lada Kelantan Sedap Dan Mudah Step By Step | Ada penggemar solok lada kat sini? Aku memang tak makan solok lada ni tapi Lurviey memang suka. Kalau balik kampung mesti dia request nak solok lada mama. Tahun lepas time PKP sempat la aku belajar dengan mama cara buat solok lada. Senang nanti kot Lurviey nak makan, boleh buat. Bulan puasa tahun ni tak payah buat sebab mama dah siapkan yang frozen dah untuk Lurviey hari tu. Senang keje aku. Hehe.. 

Bahan Bahannya

  • Lada Solok 
  • Ikan selayang rebus, dibuang tulang dan ditumbuk 
  • Halia
  • Serai
  • Lada Hitam
  • Kerisik 
  • Sedikit Kelapa Parut
  • Garam & Gula
  • Santan

Cara Caranya 

Lada solok hijau ni kena belah, buang semua biji biji lada dan direndam untuk kembangkan lada tu.
 
Isi ikan yang direbus dan dibuang tulang. Kemudian ditumbuk halus.

Kemudian tumbuk halia, serai dan lada hitam sekali dan gaul bersama ikan yang ditumbuk tadi. Dan juga sedikit kerisik beserta kelapa parut (sikit je)

Masukkan gula dan garam. Pandai pandai la agak. Letak sedikit santan gan gaul rata.

Masukkan isi ikan dalam lada padat padat dan susun dalam periuk untuk rebus. 

Masukkan santan dan masak atas dapur hingga masak. Kalau nak buat frozen tak perlu rebus lama.

Dah siap !Boleh makan dengan nasi putih panas panas or nasi kerabu. 

Mudah je kan. Ada video solok lada ni tapi macam biasa mood aku kelaut nak edit video. Nanti aku update semula entri kat sini once dah settle edit. Bila? Aku pun tak pasti. Hehe..



9 Komentar untuk "Resepi Solok Lada Kelantan Sedap Dan Mudah Step By Step "

Nampakkk sedappp tapi saya tak makan hehehe.
Solok lada ni makan dengan nasi kerabu jugak kan kak naniey? Hehehehe.

Sedapnya...suami kita suka sangat solok lada ni. Noleh la cuba buat nanti. T.kasih kongsi resepi.

Sedapnya solok lada...kalau kukus pun boleh kan? nak try la buat nanti...

Macam mana ye rasanya..shida xpernah lg mkn..hehee

Saya makan solok lada dengan nasi kerabu je. Makan dengan nasi putih tak pernah lagi. Kalau suka memang berbaloi buat sendiri dan buat stok.

Sedapnya.. tapi lada tu macam susah nak jumpa kat sini.. hehehe..

Saya tak pernah makan lagi lada sarok ni

Sedapnyalah solok lada Kelantan. Jarang jumpa jenis lada ni di tempat lain.

Back To Top