You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sand Therapy Day at TTDI

Salam Semua

Ari ni aku nak bercakap ttg Sand Therapy atau terapi pasir. Apa tu terapi pasir? Pernah dgr tapi tak thu apa tujuannya...Khamis minggu lepas buat pertama kalinya aku mendapat pengalaman mengikuti sesi terapi pasir ni. Masa tu pergi kat rumah lecturer aku yang bertempat di Kondo TTDI. Kondo tu lecturer aku mmg gunakan untuk sesi terapi pasir kat klien. Mmg cantik sgt2 tempat nya.. Apapun nanti aku akan jelaskan lagi.

Apa tu sand therapy??

"Sand therapy is a process of creative expression using trays of sand and miniature objects to create the many worlds of your inner reality. The sandtray act as mirrors in which you can see and heal the burdens, issues and conflicts of your inner life, connect to the longings of your soul, and see the beauty and power of your true self."

Skang da tahu kan sikit-sikit berkenaan ngan apa. Hebat kan.. Kat bawah ni aku punyer tray and hasil aku la. At first aku mmg tak tahu pun nak buat pasal apa. Each tray ada tema yang tersendiri. Tapi bagi aku tema utk tray aku ni adalah FUTURE.



Bertemakan Future


Di sebabkan akhir-akhir ni aku banyak berfikirkan ttg masa depan aku hingga buat aku stress akhirnya ni la hasilnya. Tentang keluarga aku masa hadapan. Aku tinggal di rumah yang cukup selesa, penuh dengan ketenangan, dalam zon yang selamat, dan mempunyai suami yang sangat penyayang,bertanggungjawab dan memahami aku. Kalau korang dapat lihat bintang kat atas tu actually refer to bintang kat langit yang mana aku mmg suka tgk bintang waktu malam. So masa sesi tu terapis ada tanya bile aku tgk bintang siapa yang ada ngan aku masa tu. Then aku jawab my lover. Then .... Further ques. Lagipun aku bukan klien yang sebenar pun. Just untuk bagi pendedahan awal kepada kami sebagai bakal kaunselor yang mungkin akan menggunakan kaedah ni untuk merawat klien nanti.


Ni plak lebih kepada fantasi dan simbol kehidupan aku. Kenapa banyak sangat rama-rama kat situ?? Sebabnya aku ni mahukan kebebasan. Kebebasan dari aspek kewangan terutamanya. Ye la bile da ada wang aku boleh buat apa yang aku nak and boleh beli apa yang aku suka and pergi kat mana yang aku nak. Aku pun nak tolong keluarga aku. Mmg betul duit tak memberi makna apa-apa. Tapi bagi orang yang berduit mmg la ckp mcam tu sbb mungkin diaorg da dapat apa dorang nak kan. Diamond biru tu plak refer to masa aku. Seperti yang y'all tahu aku ni mmg sangat obsess ngan masa aku. Kadang tu sebab masa aku boleh gaduh ngan orang.. Then kek coklat tu plak melambangkan aku yang suka makan kek coklat and suka buat kek. So mungkin dalam masa yang terdekat ni aku nak belajar buat byk lagi kek. Then high heels tu plak adalah kehidupan masa depan aku. Mmg aku suka sgt2 pakai high heels and ianya simbolik kepada makin tinggi heels tu makin tinggi la cabaran aku dalam kehidupan dan makin sakit aku rasakan sebab heels tu makin perit la aku dalam hadapi cabaran tu. Aku gak nak ada satu bilik utk high heels and handbag. Tu macam kepuasan bagi aku. Kamera tu plak adalah kerana lately ni aku suka amik gmbr.

Cantik tak??





Alatan yang digunakan untuk sand therapy ini memakan kos sebanyak RM60,000.. Macam-macam bentuk and tema yang ada. Cantik plak tu..


Aku ngan tray aku. Tak sempat amik byk2. Ni pun amik sendiri. :P

Ni aku ngan member-member and ngan Queen (lecturer). Queen banyak mengajar aku tentang kreativiti.



Naa.. ni sapa lagi. Lurviey aku la. Kenapa mata bulat mcam tu.. Sebab ngantuk lagi kot. Aku suh Lurviey antar aku kat kampus. Thanks honey..

Terima kasih kepada Leong Kit Yen kerana menumpangkan aku ke TTDI.Anway rasa happy got new experience. Wish that one day aku pun jadi kaunselor yang gunakan sand therapy.

P/S: PELUAHAN DALAM SESI TERAPI PASIR TU MENYENTUH EMOSI MANUSIA DAN IANYA KADANG KALA MENUNJUKKAN UNFINISHED BUSINESS DALAM KEHIDUPAN KITA YANG PERLU DISELESAIKAN.

Tag : personal
1 Comment for "Sand Therapy Day at TTDI"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top