You don’t have to be big. You have to be remarkable

REVIEW PRODUCT : JERAWAT part one

Salam semua... Entri kali ni nak pasal review produk-produk kecantikan yang pernah aku gunakan utk menghilangkan jerawat. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi.. So apa-apa nanti aku akan jelaskan satu-satu pengalaman aku ngan produk yang pernah aku gunakan.

Sebut pasal jerawat ni semua wanita aku rasa confirm nak bebas jerawat kan. Aku pun sama gak. Tak moo... Dulu masa form 5 jerawat tak de.. Masa form 6 pun tak de gak. Then masuk UM ni jerawat aku pun mula la bermaharaja lela masa second year. Apa silapnya pun aku tak tahu. Tapi aku rasa sebab aku pakai satu foundation plus bedak miami (cosway) kot. Sebab yang aku perasan muka aku berminyak then aku pun pi pakai lagi... Then aku ni jenis degil... Lurviey da tegur jangan pakai tapi aku pakai gak then aku yang merana.. Stresss...

Bermula dari situlah bermacam-macam produk yang aku guna yang makin menyebabkan muka aku ni makin hancur... Tak de gmbr aku nak tunjuk bukti. Hehe. Tapi ini adalah benar dan kenyataan.

1. Sendayu Tinggi

Ni la produk yang aku guna. Tapi masa ni muka aku tak de la jerawat sgt. Tapi disebabkan pengaruh testimoni dalam majalah mingguan Wanita yang menyatakan bahawa ianya boleh menghilangkan jerawat aku pun apa lagi sambar la trial set satu.. Trial set mmg la murah tapi boleh tahan dalam dua minggu jer.. So bile pakai trial set ni muka rasa better la sikit. Jerawat pun kecut. Then bila da ok tu aku pun sambar la pek yang beso tu...agak mahal la bagi sorang student. Tapi muka pnyer pasal tak pe la. Then pakai tu muka rasa makin ok. Cuma tak tahan... Then bile nk masuk Botol yang kedua da tak menjadi da.. So aku pun give up.. Tapi masa tu aku baru je try Scrub muka ST ni. Memang menjadi dan sangat bagus sbb keluarkan blackhead kat muka. Blackhead pun mudah nk dikeluarkan. Di sebabkan  pencuci muka tu da tak menjadi utk aku, aku pun mengambil keputusan untuk tidak membeli set ini lagi. Mungkin produk ni tak sesuai utk aku.


2.Biore Deep Action Cleanser


Seperti yang korang tgk kat produk ni tertulis "Cleans deep down to the pores" so aku pun beli la produk ni lak sbb nyer jerawat tu kat terjadi sebab minyak yang tersumbat plus kotoran yang tersumbat yang menyebabkan jerawat. So, aku fikir untuk hilangkan jerawat aku kena la bersihkan pori-pori yang tersumbat. Tapi apa boleh buat.. Tak berhasil pun. Cuma minyak tu kurang la sikit. Jerawat tak hilang pun... Sama je. Mungkin orang lain sesuai aku tak sesuai..

3. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Cleanser
Yang lain tak menjadi aku beli yang lain plak.. Sebab apa?? Kali ni pengaruh dari adik aku plak. Adik aku pun jerawat gak tapi da hilang sbb pakai benda alah ni lah. Aku pun apa lagi setelah disyorkan aku pun beli la jugak. Tak sampai seminggu aku guna muka aku aku rasa makin teruk je. Jerawat makin keluar. Sesetengah produk ada menyatakan tu tindak balas dia bagi keluar semua kotoran tu dlu. Tapi aku da tak sanggup akhirnya tersadai je dalam bilik air kat rumah aku and bagi kat adik aku bile die balik nanti. Tak sanggup da aku nak menggunanya.

4.ST.Ives Apricot Scrub
Produk ni aku suka pakai sebab mmg betul2 berkesan untuk hilangkan minyak kat muka. Maksud aku bagi orang yang muka berminyak tu boleh la kurangkan minyak kat muka tu ngan pakai skrub ni. Memang menjadi ngan kulit aku. Aku guna ni sbb nak kurangkan minyak dan aku berfikiran bahawa jerawat aku akan kurang. Bolehlah.. Harga tak mahal sangat pun dalam Rm20 je. Sangat mampu nak beli nih.. Leh dapatkan kat Watson or Guardian.. Tapi aku ni jenis yang tetap nak cari produk yang betul2 boleh hilangkan terus jerawat dari muka aku nih... [UPDATED REVIEW ST IVES SCRUB]

5. Oxy Deep Cleansing Wash

Produk ni boleh la tahan dua bulan je ngan aku. Sebabnya aku tertarik cm biasa la aku review product tgk keberkesanan orang lain then aku beli la. Tapi mmg ok la jerawat hilang tapi lama-lama kulit aku ni mcam da lali plak kena Oxy ni.

6. Safi-Pembersih Muka Anti Jerawat Gamat

Safi selamat lagi suci memang sangat berpatutan harga produk ni. Kalau beli kat mydin mmg boleh dapat murah dri kedai-kedai biasa. Cakap ttg produk ni mmg ok la.. Boleh kasik jerawat tu hilang tapi amik masa. Kena sabar la bagi sesapa yang ada jerawat penuh muka. Tapi bagi yang ada jerawat takat empat lima bijik tu kejap je kot da ok. Lepas pakai pencuci muka ini boleh la pakai ngan krim anti jerawat. Tapi kalau ngn kulit aku krim tu buat muka aku kering.. Tapi boleh la... Bagus... Kalau tgk review produk ni kat forum mmg dapat rating yang tinggi la.. Ramai yang syorkan produk ni.. So apa lagi... aku beli la utk mencuba keberkesanannya.. Mmg berkesan la..


Ni la antara produk yang aku ingat yang aku guna untuk menghapuskan jerawat kat muka aku... Nampak mcm sikit tapi sebenarnye banyak. Tapi aku da tak guna da safi sebab skang aku jumpa satu yang baru dan mmg sesuai ngan muka aku. If jerawat tumbuh pun tu time nak period. Muka semakin bebas jerawat yang tinggal hanya parut dan mengambil masa tuk hilangkan parut... Nak tau produk apa.. Nantikan Review produk part 2.

__________________________________________________________

UPDATE 2015

The best cleanser untuk jerawat kronik or jerawat biasa -> Cetaphil Gentle Skin Cleanser (pengganti lactacyd yang terbaik untuk kulit saya. Since that lactacyd tak keluarkan lagi produk untuk cuci muka jadi inilah yang the best) 
Selain Cetaphil saya masih menggunakan Pencuci Muka Sari Gamat dan juga Sabun Susu Beras
Then untuk hilangkan jerawat dua tiga biji boleh pakai Arche Pearl Cream (tak keringkan kulit mcm oxy atau krim jerawat safi)
Untuk parut saya guna derma roller



P/S: SATU PRODUK MUNGKIN SESUAI UTK AKU TAPI TAK SESUAI NGAN ORANG LAIN OR SESUAI NGAN ORANG LAIN TAPI TAK SESUAI NGAN AKU. kADANG TU KITE KENA TRY AND ERROR SBB KITA TAK TAHU KECUALI PERGI JUMPA DERMATOLOGIST. TAPI MMG KENA SEDIAKAN WANG BERKEPUK LA.. 


3 Comment for "REVIEW PRODUCT : JERAWAT part one"

rin pun gne safi jugk.tp yg latest [unye tu.mmg ok la.jerwt hlng just blackhead tu sush je nk hlg.wuwuwuw :(

assalamualaikum saya nak tanya pencuci muka oxy deep cleansing wash yang akak pakai tu tak ok ke? sebab saya baru nak try guna. saya pun sama macam akak kot masa form 5 dulu muka bersih licin je tapi lepas saya pakai foundation maybelline lama-lama muka jadi merah and berjerawat tapi tak teruk la. so sekarang saya nak try oxy tu. saya dengar la oxy tu boleh menipiskan kulit muka ea?kalau oxy deep cleansing wash yang akak dah guna tu macam mana plak? thank you :)

erm..untuk pencuci mukakan, nur mmg pakai safi gamat smpai skrang..krim lak simply siti.. :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top