You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi: Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum

Naa.. Ari ni nak share resepi Kek Coklat Kukus yang sgt lah mudah nk buat. Yg penting adalah "KERAJINAN" dlm diri dan keinginan untuk melakukan. Tapi bile da ada mahkota "M" dlm diri maka mampu tunjuk-tunjuk je la kat kedai and alasan tak reti. Boleh terima ka? Haha.. But, I believe in "Practise make PERFECT", " Nak seribu daya, tak nak ratus juta dalih". Eh?



 Bahan-Bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat manis
Attention: If guna tepung kek blue key jangan letak baking powder.

Cara-cara

Tepung gandum, koko, baking powder dan soda bikarbonat di ayak bersama
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan susu, kacau (dgn mixer)
Masukkan minyak, kacau
Masukkan air, kacau
Masukkan bahan yang diayak sikit2.
Kukus 45 minit-1 jam (if guna loyang)
Kukus 20 minit (if guna bekas plastik mcm gmbr kt atas ni)

Topping (#1)

Coklat Masakan 1 bar
Minyak jagung 1 sudu

Cara-cara

Guna cara double boil . Letak minyak dan coklat. Bile da cair sebati boleh letak atas kek. Make sure kek da sejuk baru letak.

Topping(#2)

Susu coklat kotak dutch lady (kecil)
Susu pekat manis 2 sudu besar
Serbuk koko dua susu besar
Tepung jagung 1 sudu kecil

Cara-cara

Campur semua biar sebati.
Masak atas api kecil, sampai likat
Tunggu kek sejuk dulu sebelum letak topping.(Topping kena panas masa letak)

Topping(#3)

Coklat Masakan
Air

Cara-cara

Masukkan air then coklat masakan atas kuali yang panas. Api sederhana.
Agak-agak da likat pekat boleh tuang atas kek.

Biasa aku guna #1 dan #3 setiap kali buat topping. Kalau yg #2 tu tak sempat guna sbb susu coklat memang selalu tak de stock. Kalau beli pun tak sempat nk buat da abis masuk dlm perut. Hehe.. Aku rasa lebih mudah buat kek coklat kukus sebab die tak oily mcm kek yg dibakar. Bagi aku la kan.



 Selamat Mencuba.*perasan jdi masterchef kejap..


P/S: Semalam baru dpt kasik Sambal Ikan Kering Pari kat Lurviey.. 




16 Comment for "Resepi: Kek Coklat Kukus"

simple bahan-bahanya.thanks dear share resepi kat sini.kek mmg peberet kak fahz :)

sedap..mama ayu selau gak wat..mmg licin..hihi

wahh mudah nyer ... mn lak chenta nak cari kukus ni ... pakai piuk letrik tu leh ke ?

adeh sedapnyerrrr...teliur pulak nengok hehe

kalau kukus senang cikit nak wat kan...cuma bab topping tu masha fail lagi la...hihi

mmg sedap kan ! fevert anak2 KA

nanti boleh cuba..tapi penyakit M duk jadi raja ni, tak tahu bila nak rajinnya..huhuhu

Baru semalam buat kek coklat kukus...anak-anak dah cuti sekolah,kena lah buat banyak-banyak..anak-anak suka...

bab2 yg coklat nie mmg suka..hehe..sedapnye...~

nak try gak la jap ag...tanx ya...!!

Klu gna tpung blue key sktan mcm mana mana,????,

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top