You don’t have to be big. You have to be remarkable

Akhlak dan Pertuturan

Assalamualaikum

Salam Jumaat... Shud I use 'aku' or 'saya'?  Lebih sopan guna saya kan. Terima kasih atas komen-komen kalian di ketiga-tiga entri semalam. Maaf saya tak mampu lagi nk publish lagi sbb nk menjaga hati semua pihak. Akan melakukan penapisan esok. Insha Allah.. 

Hari Jumaat most of us suke share tentang agama kan. Ingat mengingati. Sebab manusia ni kena selalu diingatkan. Tapi kalau yang tak suke diingatkan tu biarlah. Tugas kite da smpaikan dan kongsi apa yg kite tak tahu and mungkin ada yang tak tahu atau terlepas pandang. 


Imam Syafie berkata 
'Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah fahami landasan ilmu' 

Rasulullah S.A.W bersabda
'Percakapan orang yang berakal muncul dari baik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang di mahukan'

Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya dan Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

Bonus kalau ada ketiga-tiga! Jadi ucapkanlah SYUKUR ALHAMDULILLAH bukan makin bangga diri. Pujian memakan diri. Awas!! 

Katarsis: Biar bibir tak cantik tapi tutur kata cantik dan enak di dengar. Ingatlah sebelum melakukan sesuatu  atau melontarkan kata dan pandangan yang boleh mengguris hati dan perasaan orang sekeliling, [Sedarilah Kewujudan Malaikat Pencatat Amalan]. Belajar Adab Menegur seperti yang ditetapkan dalam Islam. Jangan mudah cepat merasa gah dengan apa yang dimiliki dan mentertawakan mereka yang berada dalam kesulitan. Astaghfirullahaladzim... Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T dan setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing. Ada orang diberi kerjaya yang senang tapi disulitkan dari jodoh dan anak. Ada orang di beri rezeki anak yang ramai tapi berhadapan dengan masalah kerjaya. Itu UJIAN!! Jadi mohon janganlah sombong angkuh sgt mendabik dada dengan merasakan diri itu hebat. Yang Maha Hebat adalah Allah S.W.T dan Maha Pemberi Rezeki adalah Allah S.W.T. Kun Fa Ya Kun! Jangan kufur nikmat. 


P/S: Sama-sama muhasabah diri sendiri. Saya juga. Setiap hari topup diri jadi lebih baik bukan jadi lebih jahat! 


20 Comment for "Akhlak dan Pertuturan"

setuju..moga kita sama2 muhasabah diri ;-)

menahan lidah..memerlukan kesabaran yg tinggi..hehe..lg2 tuk wanita kan..:)

btl kata zuraidah tu..menahan lidah..sama2 kita muhasabah diri

tahan lidah, fikir dahulu sebelum menuturkan sesuatu perkara. Andai takda perkara baik untuk dikatakan, elok berdiam diri sahaja.

anda di tag:http://gagamiami12.blogspot.com/2012/12/segmen-blog-review-by-mymy-mushie.html

jemput join segmen saya:http://gagamiami12.blogspot.com/2012/12/segmencer-tekacer-teka.html

setuju kak..peranan mulut memang penting..tersalah ckp buruk padahnya..

in shaa Allah..setiap hari topup kebaikan..=)

klik nutrilite amway kat sini..=D

suka entry ini..
betul jgn mudah merasa gah..rezeki dtg dariNYA

akhlak & pertuturan mesti seiring :)

jom bermuhasabah diri. semoga sentiasa jadi yg lebih baik. :)

betul tu nani..kak intan setuju..muhasabah diri

a'aa betoi tu.. gunalah akal ketika berkata2...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top