You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mari Amalkan Selawat Tafrijiyah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Sayyidul Ayyam... Mohon pinjam masa kalian untuk mendengar selawat tafrijiyah ini. Lagi bagus kalau dapat hafal dan amalkan.*bagi yang tak tahu la kan*  Kongsikan kepada rakan-rakan kalian mengenai selawat tafrijiyah ini. Okeh.??




Di petik dari Pusat Rawatan Ruhaniah

Kelebihan yang diberitahu dari para ulama....
 
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
Seperti yang kite semua tahu, terdapat bermacam-macam jenis selawat. Ada selawat khairul barriyah, selawat shifa', selawat al-fatih, selawat nabi, dan banyak lagi. Kalian boleh baca kelebihan berselawat di SINI

P/S: Mari kite amalkan... Pilih je nak versi yang mane satu... :)
 
5 Comment for "Mari Amalkan Selawat Tafrijiyah"

selamat hari jumaat nanie...:)

terima kaseh sudi share..insyaAllah akan amalkan.. :)

in Shaa Allah akn cuba diamalkan

thanks sharing Nani :)
jom sama2 amalkan..

mintak nani nak print & tampal kat bilik.. rasanya lagi senang nak hafal.. tq share.. ;)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top