Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Mengikuti Ujian VRA Test Aqeel

 Assalamualaikum... 

Pengalaman Mengikuti Ujian VRA Test Aqeel | Semalam Aqeel ada appointment untuk VRA Test kat Klinik ENT (Bahagian Audiology). Aku plan memang nak keluar awal tapi harga grab terlampau mahal dan akhirnya Lurviey juga kena hantar lepas siap hantar Naura ke KAFA. Biasanya aku ke HTA belas ringgit je tapi pagi semalam cecah RM45. 

Sampai HTA kena register dulu dan baru boleh naik ke Klinik ENT. Mencabar juga bawa Aqeel kali ni dengan stroller lagi dan kebetulan pagi semalam Aqeel mula selsema sampai sekarang. 

Dah sampai hospital baru start bersin bersin. Sian cemboi mommy.

Kat Bahagian Audiology ni tak ramai orang jadi tak lama sangat menunggu. Bila turn Aqeel, audiologist Pn Azrina panggil masuk bilik. Suasana sangat terapeutik, bersih dan selesa. Ada meja dan kerusi comel untuk kanak kanak. 

Visual Reinforcement Audiometry (VRA) ialah ujian pendengaran tingkah laku yang digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kecil (biasanya berumur 6 bulan hingga 3 tahun). Ujian ini mengukur respons pendengaran dengan memberi ganjaran visual (seperti mainan bergerak atau lampu) apabila kanak-kanak memandang ke arah bunyi yang didengar. Ia membantu menentukan tahap pendengaran secara tepat.

Aku duduk bersila atas karpet dalam bilik tu dan aku dudukkan Aqeel atas kerusi kecil comel tu dan cuba tenangkan Aqeel lepas tu Pn Azrina buka suara dan juga video untuk tengok respon Aqeel. Dari bunyi yang kuat ke perlahan. Alhamdulillah ada respon. Cuma bunyi yang paling perlahan tu Aqeel kurang fokus sebab rimas dengan hidung yang berair tu. 

Then Pn Azrina check telinga Aqeel ada merah sikit dan ada air kat dalam telinga dan kemungkinan di sebabkan Aqeel tengah selsema sekarang. Nanti akan repeat VRA test ni lagi 4 bulan lagi (bulan Jun). 

Dah settle dan ambil tarikh appointment terus check grab tapi mahal. Lurviey tak dapat pick up sebab kena standby ambil Naura dan juga get ready untuk hantar Naura andai kata tak sempat aku balik. 

Sementara menunggu harga Grab turun, aku order waffle kegemaran Naura dan Aryan kat D Zara Cafe ni. Mengimbau kenangan betul sebab duit aku banyak habis kat sini beli roti jagung masa pantang lepas habis melawat Aqeel dulu. Dah siap waffle aku check harga grab dah turun. Terus order. 


Sementara tunggu Grab sampai kat lobi, pusing pusing tengok apa yang ada kat lobi. April nanti ada appointment dengan SCN dan Surgical. Harap progress Aqeel ok dan boleh discharge. Aamiin.

Berguna juga stroller ni walaupun rasa leceh nak bawa. Patah pinggang woii.. 

Next appointment aku minta dengan Pn Azrina waktu petang sebab nak kena settle Naura sekolah semua jadi tak kelam kabut sangat. So next appointment jam 2.30 petang. Pn Azrina tegaskan pastikan Aqeel sihat masa tu. InshaAllah, Aamiin. 

0 Comment for "Pengalaman Mengikuti Ujian VRA Test Aqeel"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top