You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pakaian Dinner Wanita Bertudung

Pakaian Dinner Wanita Bertudung | Tips Untuk Wanita Bertudung |


Assalamualaikum 

Hampir tak sedar 2015 semakin hampir ke penghujungnya dan biasanya syarikat-syarikat akan mengadakan majlis annual dinner atau makan malam tahunan sebagai tanda penghargaan para pekerja. Kalau sebut sahaja mengenai annual dinner, pastinya terlintas di fikiran kita mengenai tema-tema yang glamour yang sering dipilih untuk memeriahkan majlis tersebut. Pekerja lelaki biasanya akan hadir dengan pakaian yang segak seperti suit dan pekerja wanita pula tampil bergaya dengan koleksi dress malam atau evening dress yang cukup memukau. Bagi wanita yang bertudung pula, jangan risau jika anda tidak mempunyai sebarang idea mengenai pakaian dinner wanita bertudung yang sesuai dipakai pada malam tersebut dan baca entri ini sehingga habis

Pilihan pertama adalah koleksi jubah moden yang cukup menawan seperti gambar berikut. Koleksi jubah terkini boleh anda temui dalam pelbagai rekaan yang menarik dan pastinya menyerlahkan lagi penampilan anda. 
 Pilihan kedua pula adalah koleksi dress Muslimah yang juga anda boleh temui dalam pelbagai rekaan terkini. Pemakaian dress muslimah seperti ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan cukup elegan.

 Pilihan yang ketiga juga merupakan alternatif yang ideal iaitu koleksi kaftan labuh. Potongan kaftan yang beralun atau ‘flowy’ menjadikan penampilan anda lebih feminine. 
Dan jenis pakaian yang seterusnya adalah padanan blouse Muslimah dan skirt maxi potongan mermaid seperti berikut. Kadangkala, less is more bukan?
 
1 Comment for "Pakaian Dinner Wanita Bertudung "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top