You don’t have to be big. You have to be remarkable

Rutin Asas Penjagaan Kulit Harian ' Acne Prone Skin'

Basic Skincare Routine | Acne Prone Skincare Routine | Tips Menjaga Kulit Mudah Berjerawat | Kenali Jenis Kulit | Produk Bagus Untuk Kulit Berjerawat


Assalamualaikum..


Tahun 2013
Belum baca 'acne journey part 1 dan part 2 boleh klik link di atas. Kali ini sekadar berkongsi rutin penjagaan kulit wajah untuk kulit jenis mudah berjerawat macam saya ni.


Untuk menjaga kulit adalah penting untuk megenal pasti jenis kulit dan terdapat beberapa kategori atau jenis kulit. Dengan mengetahui jenis kulit, akan memudahkan kalian untuk merawat serta menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit muka kalian. 

Berikut merupakan langkah yang kalian boleh buat untuk mengenal pasti jenis kulit kalian dengan mudah
  1. Basuh wajah kalian dengan pembersih wajah dan keringkan.
  2. Tunggu dan biarkan sehingga satu jam. Pada masa ini, kulit kalian akan kembali kepada keadaan asal dan inilah masanya untuk kalian mengenal pasti jenis kulit kalian. Jangan sentuh wajah kalian.
  3. Sapukan wajah kalian dengan tisu. Beri perhatian kepada T-Zon (kawasan dahi dan hidung kalian)
  Jenis kulit dapat dikategorikan kepada 4 iaitu 
  1. Kulit Normal – Anda bertuah jika anda berada dalam kategori kulit ini di mana kulit anda tidak berminyak dan juga tidak kering.
  2. Kulit Berminyak – Anda dapat lihat kesan minyak pada tisu yang anda gunakan tadi dan biasanya individu kulit berminyak mempunyai liang roma yang besar dan berkilat
  3. Kulit Kering – Anda mungkin merasa tegang dan kulit seperti menggelupas. Ianya berkait dengan liang roma kecil dan pelembap sangat penting untuk jenis kulit kering ini.
  4. Kulit Kombinasi- Merupakan jenis kulit yang paling banyak dan menunjukkan ciri-ciri ketiga-tiga jenis kulit di atas di mana kulit berminyak di bahagian zon T dan kering di tempat lain.
Saya hanya menggunakan produk seperti di bawah ini sahaja. Dah malas dah nak tukar skincare sebab so far yang ni je yang ok dan berkesan. Kalau tukar pun, mesti akan pakai yang kat bawah ni semula. 

 

Pembersih - Safi Cleanser & Cetaphil Skin Cleanser 
Penyegar - Safi Toner (kadang pakai dan kadang skip
Pelembap - Safi Moisturizer - wajib pakai (tak kire muke jenis berminyak, kering, berjerawat, pelembap penting untuk kulit. Jadi kena cari pelembap yang sesuai dengan kulit. 
Skrub - St Ives Apricot Scrub - tak pernah tukar, dari dulu sampai sekarang masih guna St Ives.
Mask - FREEMAN Avocado & Oatmeal Clay Mask
Acne Treatment - Dalacin T (pakai masa breakout), Arche Pearl Cream, Nixodexm (opt)
Scar - Dermaroller Dermavib
Supplement - Jamu Seri Pengantin 


Setepek muka hari ni (pagi tadi). Semalam baru je rolling dengan 0.5mm. Masih ada merah sikit-sikit kat muka. Abaikan mata saya sebab saya tidur memang ikut suka hati (2-3 pagi baru tido). Setakat hari ini, Alhamdulillah almost lebih 2 bulan jerawat tak singgah. Kalau ada sebiji dua yang baru nak menjadi terus dab dab Dalacin T, terus mati dan tak menjadi jerawat tu. Parut je ambil masa lame sikit especially yang lama dulu. Lagi satu 14 Zon Kulit Wajah Yang Anda Perlu Tahu memang membantu.

Oh ye sebelum ada yang mengomen dan bercakap mengenai pergi jumpa doktor apa semua, biar saya cakap dulu. Bukan semua orang mampu nak pergi klinik kulit. Dan bukan semua klinik kulit tu benar-benar dapat menyelesaikan masalah kulit. Ada yang lebih teruk lepas jumpa doktor kulit pun ada! Grrr.. Oh ye tunggu next entri atau nanti ada kelapangan saya kongsikan mengenai Kos Laser CO2 Skin Resurfacing.


1 Comment for "Rutin Asas Penjagaan Kulit Harian ' Acne Prone Skin'"

shawal singgah + follow sini ye.. ^^

jemput join segmen shawal.. :)

http://akubukaninnocent.blogspot.my/2015/12/SegmenBlogwalking.html

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top