You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Sup Daging Mamak Guna Perencah Adabi Je

Resepi Sup Daging Mamak | Cara Buat Sup Mamak Sedap | Resepi Mudah Sup Mamak | Resepi Mudah

 

Assalamualaikum 

Sapa kat sini suka makan sup mamak? Sedap kan. Aku suka sup ayam mamak. Tapi kali ni aku nak kongsi resepi Sup Daging Mamak. Mama ada bagi banyak daging mase pergi rumah mama hari tu and aku pun buntu buat daging masak apa. Then Lurviey bagitau buat sup mamak. 

Ni first time aku buat tau. 

Bahan Bahannya

  • Daging direbus sehingga empuk(air jgn dibuang) - rebus ketul besar je.
  • Kisar halus
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Sedikit Halia
  • Bancuh
  • ½ paket rempah sup Adabi
  • ½ paket rempah kurma
  • Sedikit serbuk kunyit (agak2)
  • 4 sekawan agak2
  • Sup bunjut tulang
  • Akar ketumbar - jika ada
  • Minyak masak
  • Sebatang serai diketuk
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend beserta 4 sekawan dan serai hingga naik bau
  2. Masukkan bancuhan serbuk kurma, sup dan kunyit hingga pecah minyak
  3. Masukkan air rebusan daging, sup bunjut tulang
  4. Kemudian masukkan daging yang telah dihiris hingga daging empuk ikut selera sendiri.
  5. Masukkan akar ketumbar jika ada.
  6. Garam? Sis tak suke garam so sis gune kiub lembu 🐄
  7. Nak pekat tambah sedikit tepung jagung..
  8. Siap !

Sedap macam kat mamak *masuk bakul angkat sendiri.. Next time aku nak try buat ayam kampung pulak. Mesti lagi sedap. Buat hirup time hujan memang sedap la kan. 

Nah video Cara Buat Sup Mamak guna perencah Adabi cara aku..

 

Till then jumpa lagi next entri. Terima kasih singgah sini..
Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Sup Daging Mamak Guna Perencah Adabi Je"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top