You don’t have to be big. You have to be remarkable

Beli Basikal Roda Tiga Untuk Naura

Kedai Basikal Batu Caves | Kedai Basikal Budak Batu Caves

Assalamualaikum 

Semalam aku frust sebab mase pergi kedai basikal tu kedai dah tutup. Kedai dekat je dengan rumah, lebih kurang 5 minit naik kereta. Sebelum ni aku survey kat shopee tapi bile fikir balik ada risiko yang aku tak nak ambil seperti barang sampai rosak etc dan rumit nak proses return refund kat shopee, maka aku decide cari dulu kedai basikal sekitar Batu Caves ni. Last week, pergi kedai basikal kat Taman Greenwood Indah tapi stok basikal roda tiga (tricycle) ni tak de. 

 

Kelmarin Lurviey pergi Mr.Diy cari kepala paip dan masa nak balik ni la mata aku ternampak kedai serbaneka jual basikal. Elok je tergantung. Yess.. Dah jumpa kedai basikal. Tak sabarnya nak beli untuk Naura. 

Lepas breakfast tadi, terus siap-siap ajak Lurviey keluar pergi kedai basikal dan kebetulan juga nak kena keluar cari lauk nak masak hari ini. Sampai kat kedai tanya harga basikal dan range price antara RM65-RM109. Aku ambil yang RM100 sebab boleh guna lame, mungkin hingga Naura umur tiga empat tahun (sekarang umur 1 tahun 6 bulan) dan body basikal ni kukuh.Yang RM109 tu pula bentuk macam motosikal dan bagi aku kurang sesuai untuk Naura. 

Ni la rupa basikal tu. Semoga boleh hilangkan kebosanan sepanjang tempoh PKPB ni. Tak tahu la bile ianya akan berakhir. Setiap hari ada peningkatan dan kes baru, kluster baru. Sepanjang tempoh PKPB ni offline sales memang tak de sebab sukar nak bergerak nak rentas daerah dengan kes yang tak menentu. Alhamdulillah online sales berjalan seperti biasa. Syukur... 

Till then jumpa lagi next entri.. Stay safe everyone !


0 Comment for "Beli Basikal Roda Tiga Untuk Naura "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top