You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Rangup


Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Rangup


Assalamualaikum... 

Kali pertama nak buat sambal ikan bilis dan tempe rangup krup krap krup krap.. Teringin pula nak makan dengan nasi panas dan juga masak lemak kubis suhun. Walaupun dalam proses 'recovering' tapi tetap kena masak juga sebab semalam tak masak dan kasihan Lurviey tapau makan kat luar pun tak kenyang sebab lauk tak kena dengan gerd yang dalam proses nak ok. Jadi hari ni terlebih rajin pula masak sup ayam, masak lemak kubis suhun, sambal udang dan juga sambal ikan bilis dan tempe rangup. 

 


Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Rangup 


Bahan Bahan

  • Bawang Putih - hiris
  • Bawang Merah - hiris
  • Cili Kisar
  • Gula
  • Sos Tiram
  • Tempe hiris nipis dan goreng - ketepikan
  • Ikan bilis goreng rangup -ketepikan 

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak (guna lebihan minyak goreng ikan bilis). Tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuningan kemudian masukkan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian selepas pecah minyak, masukkan sedikit gula dan juga sos tiram. Gaul rata dan rasa
  3. Bila dah cukup rasa anak tekak boleh masukkan tempe dan ikan bilis dan gaul rata dengan sambal tumis tadi.
  4. Siap ! Dah boleh makan dengan nasi panas. 


Memang menambah nambah makan cuma aku nak buat lagi pedas next time dan lagi merah macam yang orang jual dalam balang tu. Aku tengah tunggu Sambal Sengat Sambal Hitam Pahang sampai. Bila nak sampai kat tangan aku pun tak tahu. Tak sabar dah nak makan. Lama dah aku tak makan. Resepi sambal ikan bilis ni aku guna resepi Che Nom tapi derhaka la sikit sebab aku tak guna sos cili dan bawang aku hiris. Che Nom cincang bawangnya. Hehe.. Bila derhaka warna dan bentul sambal aku dengan Che Nom pun tak sama. Alhamdulillah, nasib baik sedap dan rangup hingga ke petang.


P/S: Simpan sini senang nak rujuk, sebab seorang Naniey ni mudah pelupa bila makin remaja bangka ni.


Tag : resepi
21 Comment for "Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Rangup"

Sedapnya.. Arwah mama suka letak kacang tanah Kadang2

boleh cuba nanti..nice sharing naniey :)

Sambal ikan bilis kita ok lagi tp bila tmbh tempe terus x lalu hehehe.. Pasni bole kasi merah n pedas lagi hehhe0

Saya dah lama tak makan tempe, dulu selalu buat tempe goreng. tempe goreng je dah sedap apatalah lagi kalau buat style style sambal

Benda ni uncle ratah macam keropok je...

ni penambah selera ni.. kalo mkn bertmbh nasi..

Sedap sambal tempe dan ikan bilis rangup kering kering macam ni. Saya suka. tahan lama jugak kalau simpan. Makan dengan nasi panas memang terbaik lah.
Semoga cepat kembali sihat naniey.

Tempe ni sedap makan dgn nasi panas2.. sedap goreng pedas2

Sedapnya Naniey, lagi² makan dengan nasi apnas². Boleh lari diet. 🤣😂

uiiii sedapnya kalau dpt mkn dgn nasi panas2...

sedap ni..lama xmakan tempe..tpslalunya wat sambal tempe + kentang

sambal tempe bilis ni ratah mcm tu aje pun dh sedap.. x payah nasik pun xpe.. hehehe

Buat ratah sedap ni. Tak sedar habis sepinggan :D

Sedapnya....okey nak beli la nanti..suka tempe goreng garing2 dan nipis

Ni kalau ratah macam tu jer sedap. Hi3.

antara ikan yang sedap walaupun mahal ialah ialan bilis

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top