Once you choose hope, anything's possible

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream

 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream 

 

Assalamualaikum... 

Baru sempat nak kongsikan tentang 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ni. Sebelum guna 3W Clinic Sunblock ni aku guna Biore yang botol oren tu. Banyak kali juga aku repurchase biore botol oren ni. 


 

Penting ke pakai sunblock ni? 

 

Kalau sayangkan kulit, pakailah sunblock untuk lindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB ni. Walaupun ada orang kulit tak pernah pakai skincare apapun kulit dia tetap cantik. Itu kulit dia! Kulit kita ni macam mana pula? Lagi lagi kalau selalu keluar dan terdedah dengan cahaya matahari.

Baca: Mitos Dan Fakta Tentang Sinar UV

 


 

Review 3W Clinic Sunblock

 

  1. Harga murah - agak murah berbanding brand lain. Harga dibawah RM10 tidak termasuk penghantaran di shopee. 
  2. Creamy textures dan ambil sedikit masa (lebih kurang 1-2 minit) untuk menyerap dan yang penting tidak meninggalkan kesan 'white cast' . Tak de la muka bercapuk ! 
  3. 70ml bagi aku ambil masa yang lama juga untuk habiskan sebab aku pakai ketika keluar rumah sahaja. Walaupun sebenarnya jika duk rumah pun kena pakai sunblock tau. 
  4. Tidak sesuai untuk kulit berminyak.

  

Sunblock 3W Clinic Tak Selamat Digunakan Jika Mengandung?


Terbaca perkongsian daripada Dr Imran di twitter, sunblock 3W Clinic ni tidak boleh digunakan oleh wanita yang mengandung. 

Jadi kepada ibu mengandung yang menggunakan sunblock 3W Clinic ni sila berhenti guna. Cari sunblock yang selamat digunakan untuk ibu mengandung.


Perbezaan Chemical Sunscreen & Physical Sunscreen 

 

 

Sunblock dan Sunscreen sebenarnya berbeza ! 

 

Walaupun berbeza dari segi fungsi tapi mostly orang selalu gunakan kedua duanya seperti ianya memberi makna atau fungsi yang sama. 

Jadi sebelum beli sunblock boleh la periksa kandungan terlebih dahulu. 


Korang guna sunblock apa? Aku nak cari sunblock baru ! 

 

P/S: Lelaki pun kena pakai sunblock tau bukan perempuan je.



14 Comment for "3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream "

baru beli sunblock ni ahad lepas. harini first time guna. sebelum ni guna Sunplay kulit rasa melekit sbb tu cari sunblock baru haha

Betul tu Naniey, penting sangat pakai sunblock. Duduk rumah pun saya dah start pakai sunblock juga

Oooo... ada beza ke block dengan screen? baru tau

best sunblock ni! sy pon pkai..
yg biore oren tu pon best jgk.. haha

Sunscreen kalau keluar mesti pakai tapi kat rumah kadang kadang tak terpakai jugak. Hehe...

bukan takat matahari je, kadang cahaya dari laptop pun bole jd penyebab kat kulit kita... so sentiasa la pakai sun block walau dalam rumah pun :p

Menarik produk ni..tq review naniey :)

Timm guna biore jugk dgn hansaegee..

Ccl pun tengah pakai sunblock ni . Sangat sesuai dgn kulit muka , ada naik white cast bagai

penting sunblock ni. dulu masa mama kat um mama join program buat kat pantai tak pakai sunblock. balik rumah dah serupa org jamaica dah haha

Ammi dah umur 42 baru blajar pakai sunblock. Itupun sbb rasa semakin hari semakin kusam kulit

Teringin juga nak guna jenama ini. Tetapi susah nak buat hati ni pilih suncreen lain

Nanti habis pakai sunblock boleh guna yg ni pulak hehehe.. lg tinggi spf lg bagus

x igt siapa...ada blogger lain share psl ni jg... harap2 sesuai dgn kulit naniey

Back To Top