You don’t have to be big. You have to be remarkable

Hantar Naura Masuk Kelas Piano

 Hantar Naura Masuk Kelas Piano 


Assalamualaikum... 

Minggu lepas tinggalkan Naura kat rumah nenek sebab aku terpaksa follow Lurviey sebab nak settlekan urusan bank. Berat hati nak tinggalkan Naura sebab dia dah makin cerdik dan tau aku nak tinggalkan dia rumah nenek. Bangun pagi tu siap cakap 'takut mommy tinggal Yaya rumah nenek, nak ikut mommy'. Kalau bukan zaman pandemik ni memang dah angkut dah tapi sebab keadaan sekarang tak mengizinkan dan juga nak biasakan dia duduk rumah nenek supaya nanti masa aku beranak tak de la beria melalak. 


Kasihan kat mama tapi apa boleh buat terpaksa tinggalkan Naura sekejap. Jadi mama pergi rumah Cik Zah depan rumah bawa Naura jalan kat situ. Kat situ ada Piano dan apa lagi dia main piano tu lagak seperti pandai main siap buka buku notes tu lagi. 

 

Aku ada terfikir juga nak hantar Naura masuk kelas piano tapi tengok minat dia dulu macam mana. Aku pun minat piano juga, tapi tu la masa kecil dulu mana ada kelas piano kat ceruk kampung. Takat main melodian tu dah bangga sangat dah dapat buat persembahan masa darjah enam. Aku plan nak masukkan Naura ke sekolah dulu tapi aku dilema juga sebab keadaan pandemik ni. Aku nak dia berkawan, belajar kongsi dan main dengan kawan kawan.Tengok la nanti macam mana nanti. 



P/S: Tengah pening ni tetiba sensor fingerprint kat fon tak berfungsi bila reboot, hilang pula security fingerprint tu. Alahai...


 


Tag : nanieydom
5 Comment for "Hantar Naura Masuk Kelas Piano "

Lama lama nanti Laura akann faham. Tambah lagi nak dapat adik. Kena behave lebih. Kalau Laura suka, nanti bolehlah masukkan ke kelas piano.
memang pening kalau thumbprint problem. Terpaksalah gunakan code gitu.

elok juga masukkan kan dia class kalau dia ada minat.. mungkin ada bakat mcm maknye ni

Bolehlah nanti Naura main lagu dan nyanyi untuk aunty 😊

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top