You don’t have to be big. You have to be remarkable

Detail Scan Klinik Siti Taman Sri Gombak

 Detail Scan Klinik Siti Taman Sri Gombak 


Assalamualaikum... 

Awal Februari hari tu aku dah booking appointment untuk detail scan di Klinik Siti. Masa pregnant Naura dulu aku tak tahu pun pasal detail scan ni. Yang aku tahu scan tengok jantina, lepas tu tengok muka je. Bila dah masuk pregnant kedua ni, baca baca barulah tahu apa itu detail scan. 


 

DETAIL SCAN LEBIH PENTING DAN BAGUS DARIPADA SCAN 3D/4D/5D

 

Detail scan ni bagus sebab kita boleh tahu organ dalaman baby normal atau pun tidak, kedudukan jantung dan keadaan jantung normal atau pun tak. jari cukup ke tidak, otak kosong atau penuh dengan air etc. Detail scan ni biasanya buat di klinik swasta. Jadi kena bayarlah sebab kalau kat klinik kerajaan jika ada kes tertentu sahaja. 

Detail scan ni boleh dibuat sewaktu kandungan 18 minggu hingga 26 minggu, sebab kalau baby dah besar dan padat dalam perut dah tak boleh tengok dengan jelas.  Detail scan ni dalam hitam putih sahaja.

Pengalaman Scan Di Klinik Siti Taman Sri Gombak

Klinik Siti ni ada banyak cawangan dan Alhamdulillah selesa. Masuk bilik scan dengan lampu tertutup dan skrin yang besar memang selesa aku baring atas katil tu menghadap skrin. Naura pula duk kepoh tanya 'mommy are u ok'. Hadehh.. Doktor pun beri penerangan yang jelas setiap organ yang doktor scan. Memang puas hati sangat aku bila doktor jelaskan satu persatu. Lastly bila dah nak habis scan doktor bagitau ada detect white spot kat jantung baby so called echogenic foci left ventrical dan doktor buat referral letter untuk KKIA buat tindakan selanjutnya.


 

Start je tahu pasal echogenic foci tu aku a bit down dan stress juga sebab risau keadaan baby walaupun 1 white spot sahaja. Doktor cakap 1 white spot tu normal tapi kalau multiple memang sangat sangat bahaya dan ianya related dengan syndrome down ataupun baby ada masalah jantung.  Bila pergi KKIA , doktor cakap normal je tapi still kena tengok juga sebab risau kan. Jadi, doktor buat surat referral ke Hospital Selayang  dan kat sini baru aku tahu bahawasanya KKIA Gombak Setia ni kena refer Hospital Selayang bukan HKL. Alahai down sikit kat sini sebab aku nak HKL dan memang dan selesa dengan HKL. Nak tak nak kena pergi Hospital Selayang dan malangnya doktor pakar yang in charged bahagian scan ni dah pencen dan tiada sesiapa yang handle buat masa tu. Next check up aku bagitau doktor dan  doktor suruh pergi HKL je minta tarikh appointment. Kalau kena reject, get back to KKIA. Alhamdulillah dapat tarikh appointment kat HKL. 


SCAN BABY 3D/4D DI KLINIK MEDIVIRON PRIMA GOMBAK


Ramai yang cari REVIEW KLINIK SITI PRIMA GOMBAK. Frankly speaking, if nak pergi sebab anak demam harga quite pricey for me. Tak masuk akal Lurviey cakap. Aku check up anak demam kat situ harga RM120 ( consultation dan dapat ubat demam batuk selsema) .Check up tak sampai 5 minit pun. Masa ni aku pergi sebab Klinik Sulaiman tutup. 😄


P/S: Maaf sebab aku baru je ada masa nak menulis ni. Sakit pinggang teramat sangat. Ni pun makin teruk ni tapi curi sikit masa nak update kat sini. Lol ! 





6 Comment for "Detail Scan Klinik Siti Taman Sri Gombak "

betul2 bagus tau kondisi baby awal2 lagi...
member kita arwah baby dia dapat tau anak x normal...
mmg sedih la kan tapi at least dia dah siap sedia dari awal lagi pape kemungkinan yang bakal berlaku...

hopefully baby naniey pun xde pape kondisi yang serius... doa banyak2 k

Pernah ke klinik siti ni, masuk bilik doktor TV besar betul. Puas betul kalau buat scan mendalam... juju saje buat scan dalam rahim nak tgk kot2 ada ketumbuhan ke apa ke kan... syukur alhamdulilah kosong, lega. Kadang2 kita tak tau ada endo ke kan. Baik amik langkah pencegahan awal.

Zaman akak dulu xde pun scan2 ni..hahaha...kalau ada pun time check up last sebelum bersalin je...

Bagus check details ni, dapat tahu lebih details lagi dan buat apa yang perlu. Syukur dapat jugak refer HKL. Semoga baby dan ibu baik baik je. Aamiin...

Detailed scan ni kadang2 buatkan kita rasa risau jugak.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top