You don’t have to be big. You have to be remarkable

Di Tipu Peniaga Satar Dan Otak Otak

 Di Tipu Peniaga Satar Dan Otak Otak 


Assalamualaikum... 


Beberapa hari lepas, Lurviey ajak pergi Besut sebab nak beli keropok untuk bawa balik KL nanti. Dalam perjalanan balik tu Lurviey belok kanan ke arah Pantai Bisikan Bayu so called Pantai Dalam Rhu. Aku cakap nak buat apa kat sini sebab baru je lepas hujan dan bukan boleh turun tengok pantai pun. Ombak terlalu besar. Lurviey cakap teringin satar dan jagung bakar. Eh eh... 


 

Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. - Wikipedia

Dengan niat yang suci dan murni nak support peniaga kecil kat situ sekali kena game la ! LU SUDAH KENA TIPU ! Beli satar, tapi dapat satar tak masak dan sejuk. Sepatutnya panas atau suam la kan dengan api yang membara membakar jagung, satar dan otak otak kat situ. Lepas tu beli jagung. Kata peniaga tersebut beli 1 tongkol dia bagi free lagi satu tongkol. Harga jagung tu RM5 tau setongkol ! Bapak la harga yahudi pula aku rasa. Jagung tu pun sejuk tak panas pun. Api yang membara untuk membakar tu wayang semata ke apa? Melayang duit gitu je. Tak dapat makan. Aku tak pasti la satar tu satar baru ke satar yang kelmarin punya. 

Alhamdulillah yang ni sedap


Tadi pergi Besut lagi sebab nak tambah stok kiriman keropok family kat KL. Lurviey dah aim nak support pak cik/mak cik tepi jalan ni. Nampak macam elok cantik je. Kali ni aku turun beli sebab Lurviey takut kena 'sembelih' sebab Lurviey bukan Kelantanese. Alhamdulillah nasib baik sedap satar mak cik ni. Cuma jagung bakar tu je tak menepati citarasa Lurviey.

Aku pun heran dah kenapa laki aku ni tetiba kat Kelantan ni juga nak teringin makan jagung bakar? 

 

P/S: Mama aku dah pernah terkena sekali dapat satar bau busuk. Serik dah nak beli. Mama memang susah nak membeli makanan kat luar. Prefer buat sendiri, lebih terjamin semuanya.



10 Comment for "Di Tipu Peniaga Satar Dan Otak Otak "

Aduhaii sedih macam ni bila peniaga tak ada effort nak memuaskan hati pembeli. Ini berniaga untuk keuntungan semata mata ke camne entah.

Pernah sekali beli satar tipu. Takada rasa ikan, sebaliknya penuh dengan kelapa saja....adeeehhhh! Taubat tak nak beli lagi dah. Nak satar sedap baik buat sendiri.

tahniah
https://www.mamapipie.com/2022/02/pengumuman-pemenang-giveaway-awal-tahun.html

Allahu apa berniaga main tipu - tipu ini. Berniaga kalau jujur mudahlah nak maju sebab orang akan sebarkan kedai awak tu bagus. LAma juga dah tak makan satar

Mungkin satar yang dibeli tue dah lama dibakar, maksudnya mungkin sejak pagi lagi dibakar, sebab tue sejuk.. Adooiiii, jagung setongkol RM5..?? Murah lagi kat Cameron Highlands..

sayangg nya kalau food camtu x panas.. mmg x puas la kalau nak makan kan!!

alahai...dpt yg sejuk mmg tk best la..biasa bli satar mmg yg panas2...

Ye la...satar sepatutnya panas...aduhai...

rm5 jagung setongkol? kat KL pun harga tak macam ni. alahai kesiannya kena game

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top