You don’t have to be big. You have to be remarkable

SOP Kebenaran Suami Teman Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan


 SOP Kebenaran Suami Teman Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan 


Assalamualaikum... 

Rata rata ibu yang nak bersalin lepas ni dah boleh tarik nafas lega dah sebab suami boleh teman masa bersalin nanti bila dah masuk fasa endemik. Kalau CZER memang tak dapat la. Sebelum ni ada certain hospital memang tak boleh masuk teman isteri. Depend pada hospital juga kan. Lain tempat lain SOP.

SUAMI BOLEH TEMAN ISTERI BERSALIN TAK? 


Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.

Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa. Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini. 


Kalau pages di KKM, SOP ni dah berkuat kuasa sejak Oktober tahun lepas lagi tapi yang aku tahu daripada ibu ibu bersalin update memang tak boleh masuk teman pun. Sekadar menunggu dipintu untuk azankan baby dan nurse bagi uri. Lepas tu suami kena balik. Kemudian dah boleh masuk semula dengan syarat yang wajib dipatuhi seperti gambar diatas. Bulan lepas kes meningkat kembali, dah tak boleh masuk semua.

 

P/S: Fasa endemik nanti aku rasa suami masih tak boleh melawat isteri macam sebelum ni. Mungkin pass kat guard je jika ada barang barang nak bagi kat isteri. Risiko tetap ada lagi lagi untuk baby yang baru je lahir. 

 

 

5 Comment for "SOP Kebenaran Suami Teman Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan "

Ohh selain suami, waris terdekat pun boleh teman ye.

Dpt Azankan bby alhamdulullah la kan dari xleh msk langsung

zaman uncle dulu memang takde ni....

Bagus juga sekarang dah boleh temankan isteri. Tapi itulah tengok procedure hospital tu jugak. Ada yang boleh ada yang tak. Kadang SOP berubah²

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top