You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buat Simpanan Untuk Masa Sekarang Dan Masa Depan Anda

Buat Simpanan Untuk Masa Sekarang Dan Masa Depan Anda

 

 Assalamualaikum... 


Kalau sebut menyimpan untuk masa depan ni biasanya orang yang makan gaji ni mudah je sebab kebanyakannya memang dah auto deduct dari gaji terus masuk dalam akaun simpanan untuk hari tua . Tapi untuk orang seperti aku yang bekerja sendiri dan pendapatan yang tidak tetap ni ni memang kena bijak merancang masa depan. 
 
 
Kehidupan selepas pandemik Covid-19 ni sememangnya memberi kesan kepada semua pihak. Aku masih ingat masa awal PKP diumumkan. Dah la stuck dekat kampung selama tiga bulan dengan nak jalankan bisnes seperti biasa pun susah, line kat kampung teruk memang sangat sangat tertekan. Alhamdulillah nasib baik sebelum kahwin aku dan Lurviey memang menyimpan dan buat simpanan dalam bentuk emas fizikal. Dapatlah jual dan gadai emas tu kelangsungan hidup dan juga bisnes.
 

Jadi hari ni aku nak kongsikan sedikit tips cara aku berjimat dan menyimpan. Ni cara aku la kan. Lain orang lain caranya. 
 
 

Tips Berbelanja Dan Menyimpan Untuk Masa Sekarang Dan Masa Depan

 
 
Selesaikan Komitmen Terlebih Dahulu
 
Setiap bulan perkara yang paling penting adalah selesaikan komitmen dan pastikan tak culas dalam menyelesaikan komitmen yang ada. Aku punya komitmen ada 3 fasa iaitu fasa awal bulan, fasa tengah bulan dan fasa akhir bulan. Awal bulan sewa rumah dan juga bil air dan bil elektrik. Wifi kat rumah aku guna yang modem masuk simkad tu je dan tiada Astro kat rumah aku memandangkan tiada keperluan untuk aku menonton Astro. Lol... Tengah bulan kena settlekan sewa kedai dan akhir bulan loan kereta, ASB, SSPN. Wajib settle tanpa gagal !
 
Buat senarai perbelanjaan 'groceries shopping'. 
 
Selalu aku perhatikan mama dan mak mak orang lain buat senarai barang dapur bila dapat gaji. Aku bila rajin aku buat tapi kadang tak buat. Bila tak buat ni la, akan over spending. Jadi kena ada senarai perbelanjaan supaya tidak over budget. 
 
Bandingkan harga barangan
 
Yang ni Lurviey la yang selalu alert sebab dia memang money matters punya orang. Setiap sen tu bernilai tapi dia bukan seorang yang kedekut tau. Hehe. Contohnya, lauk pauk biasanya kami akan beli di Giant, sayur pula di Aeon Big, Pampers dan susu anak di 99Speedmart. Kat sini memang dapat jimat banyak sangat. 
 
Keperluan VS Kemahuan 
 
Utamakan yang perlu sahaja terlebih dahulu. Kalau ikut kemahuan semua benda aku nak beli tapi tu la bila kau kerja dan tahu bukan senang kau nak dapat duit tu memang fikir beratus kali nak beli barang kemahuan tu. Kemahuan tu biasanya aku akan tukarkan menjadi reward untuk diri sendiri jika berjaya achieve something. Kalau ada banyak sangat kemahuan, senaraikan dan pilih yang mana satu aku paling mahu. Tak susah pun. Dulu masa kerja makan gaji memang aku beli je apa yang aku nak tapi bila aku kerja sendiri ni sayang duit oi nak belanja sesuka hati. 
 
Menyimpan dengan kaedah ASB. 
 
Personally aku rasa kaedah menyimpan dengan pinjaman ASB ni lagi mudah berbanding aku buat caruman sendiri ke dalam KWSP aku. Kenapa? ASB aku wajib bayar setiap bulan kalau tak cantik payment maka buruk la CCRIS/CTOS. Kalau KWSP pula kalau aku rasa nak carum aku carum la kalau aku tak nak then tak de la. Nampak tak bezanya. Ni pendapat peribadi aku la. Jadi KWSP tu kalau aku rasa ada duit lebih, aku carum la kat situ.

Pilih barang gantian yang berkualiti. 

Aku bukan jenis manusia yang pentingkan jenama dan aku lebih suka kalau tak de brand. Kalau handbag pun aku suka yang jenis kosong je. Yang berjenama pun ada seketul dua je sebab nak reward diri sendiri. Tu pun aku jarang guna dan tetiba rasa menyesal bila beli. Kah ! Baju aku sendiri memang aku cari yang murah je tau tapi berkualiti. Untuk anak anak aku beli yang elok la kalau baju untuk jalan jalan. Kalau baju takat pakai kat rumah buat lasak aku cari yang murah je. Yang penting kain berkualiti setanding harga yang mahal.

Bila ada anak ni baru tahu betapa banyaknya perbelanjaan tapi tak perlu risau pun sebab rezeki sentiasa ada, InshaAllah. Sesusah mana pun cuba elakkan daripada berhutang sebab bila berhutang ni macam macam ayat manis keluar tapi bila time nak membayar culas.
 
 

Ada banyak kaedah menyimpan sebenarnya. Setiap orang ada cara yang tersendiri. Korang boleh cuba track cara menyimpan dengan savingcalculators . Macam zaman sekolah dulu selalu telinga kita dengar ' sikit sikit lama lama jadi bukit'. Menyimpan ni kena terapkan dari anak kecil lagi dan juga perlu menghargai setiap nilai sen. Kita bukan lahir dari dulang emas. Celik celik dah senang.  



6 Comment for "Buat Simpanan Untuk Masa Sekarang Dan Masa Depan Anda"

dgn keadaan ekonomi negara kita skrg mmg wajib dh menyimpan..
kena kurangkan beli bnda2 yg xberfaedah..
ni nasihat utk sy sndiri.. hihi..

Marilah kita buat persiapan untuk dimasa akan datang. Terima kasih untuk tips ni naniey :)

Setuju sangat, ASB better dari KWSP.

Yes !! True , CCL suka tips yang akak kongsikan . Seimbangkan kehendak keperluan dan juga simpanan masa hadapan .

dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang kena pandai urus kewangan.. risau fikir nasib lagi 10 20 tahun akan datang

Suka semua tips naniey ni! Mmg betul kena pastikan komitmen dgn bank tak culas, rancang perbelanjaan dan disiplin diri utk menabung tiap2 bulan. Semoga rezeki awak semakin bertambah ye.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top