You don’t have to be big. You have to be remarkable

Benda Yang Tak Di Jangka

Benda Yang Tak Di Jangka 

 

Assalamualaikum.. 

Lama betul aku tak bersiaran kat sini. Tak sempat nak buka laptop pun. Hidup seharian penuh dan padat dari pagi sampai tengah malam. Bila anak dah tidur malam, baru nak rest tapi otak dah tepu dah nak mengarang entri semua. Sudahnya terbiar begitu saja. Hari ni macam banyak masa free jadi aku ambil masa ni untuk mengarang jap. 

Awal tahun macam macam benda happen tapi benda yang paling aku tak jangka akan berlaku bila mama decide untuk pergi Penang dan duduk dengan adik aku. Jam 5 pagi aku dapat call dari mama bagitau mama kurang sihat, darah tinggi dan pening kepala. Aku memang terus tak dapat lelapkan mata bila mama bagitau darah mama naik dan sangat tinggi. Kat kampung mama dan papa berdua je dan papa pula terlantar tak boleh bangun tak boleh buat apapun. Adik beradik semua duk luar dari Kelantan. 

Pertama kali aku balik kampung dengan perasaan yang bercampur baur. Kinda 'denial' state.

Adik aku pujuk mama supaya duduk dengan dia kat Penang dan akhirnya mama setuju. Sebelum ni memang adik aku selalu ajak ke Penang. Bertahun tahun ajak akhirnya kali ni mama akur sebab takut jadi macam ni lagi. 

Aku balik kampung untuk uruskan kemas rumah dan juga barang barang untuk bawa ke Penang. Adik aku uruskan ambulans Dana Kita dan hari Isnin pagi terus gerak ke Penang. Mama dan papa naik ambulance dan kami gerak sendiri. Sedih sangat nak tinggalkan rumah sebab aku sendiri pun tak pasti bila nak balik Kelantan bila mama papa pun now dah duduk kat Penang. Kalau balik pun untuk urusan jumpa supplier. Tu pun jika balik. Aku tengok papa pun sedih masa kena usung keluar rumah atas strecther untuk masuk dalam ambulans. Entahlah...  Speechless. 

Ni la jiran yang banyak tolong mama. Tolong beli sayur, tolong return balik parcel. Macam macam lagi.

Apapun, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Jadi raya tahun ni beraya kat Penang ler kiterrrrrrr.. Walaupun jauh disudut hati aku ni memang sedih sebab tak dapat balik kampung, I means 'kampung kampung' but mama dan papa ada kat rumah adik aku lagi terjamin keselamatan dan kesihatan kat sana. 

 

P/S: Aku rasa bulan ni macam masih hibernate phase lagi. Banyak gerak kerja belum 'gerak' lagi.


Tag : emovere
2 Comment for "Benda Yang Tak Di Jangka "

alhamdulillah semoga kebajikan mereka terjaga.. kt penang tu duduk area mana?

Moga semuanya baik-baik sahaja. Tak mengapa, Naniey. Sekurang-kurangnya Naniey tak perlu risaukan keadaan parents tinggal sendiri di kampung. Boleh lapang dada sedikit tahu ada adik jaga mereka.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top