You don’t have to be big. You have to be remarkable

Aktiviti Cuti Sekolah Mandi Kolam

 Assalamualaikum... 


Aktiviti Cuti Sekolah Mandi Kolam | Bila cuti sekolah macam macam aktiviti yang ada. Walaupun Naura pergi play school hari Sabtu dan Ahad je, mommy tetap nak vibes cuti sekolah. Hehe.. Naura dah lama minta belikan kolam tapi mommy hold dulu sebab kononnya nak settle kemas kat belakang rumah, tapi sejak pindah rumah atas tanah ni, sampai sekarang tak terkemas lagi. Nak kena upah orang rasanya kemas belakang sebab mommy tak sanggup nak kemas belakang, takut , 'tali pinggang bergerak'. 


Baru-baru ni ajak Lurviey ke Tesco Ampang, sebab dah lama tak jalan jalan kat Tesco. Kebetulan ada promosi kolam renang, Lurviey terus beli. Ke main seronok la Naura sebab impian jadi kenyataan. 

KOLAM RENANG KANAK KANAK MURAH

Balik gigihlah mommy pasang kolam, lepas tu angkut air guna baldi sebab getah paip tak ada. Berpeluk ketiak demi kegembiraan anak-anak. Aryan paling tak sabar sebab masa pergi Melaka dua bulan lepas dia tak sempat nak masuk kolam renang. Uncle just celupkan kaki dia dalam pool je. 


Cuti sekolah ni memang banyak aktiviti menarik tapi dalam keseronokan jangan kita lalai dan lupa yang Covid 19 ni masih ada, bahkan setiap hari kes makin meningkat. Stay safe dan jangan lupa pakai mask. 


P/S : Tak sabarnya bulan 1 nak balik kampung walaupun belum pasti tarikhnya.

4 Comment for "Aktiviti Cuti Sekolah Mandi Kolam "

Sampai kecut jari la budak2 jumpa kolam ni....!

seronok aktiviti kolam ni.. best sesekali dgn anak2

aktiviti yg paling disukai oleh anak2..yg kecik la.. x cuti sekolah pun ons je projek mandi kolam ni

Aktiviti macam ni pun best kan...dulu ada gak kolam macam ni...sekarnag anak- anak dah besar takde dah pasang..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top