You don’t have to be big. You have to be remarkable

Makan Di Soru Station Wangsa Maju

 Assalamualaikum...

Makan Di Soru Station Wangsa Maju | Sedap ke tidak? Boleh la. Sebenarnya dah lama Lurviey ajak aku datang sini tapi aku ni jenis tak berapa suka kalau tempat crowded sangat sebab ada anak kecil kan. Kalau berdua dengan mu lain la. Hehe.. 

Kami pernah tapau je masa baru bebas dari PKP dulu dan rasanya not bad. Tak silap aku, pergi beli kambing. Aryan dah besar sikit ni boleh la menunaikan hasrat Lurviey nak makan Soru Station. Perancangan asal kononnya nak order platter tapi bila sampai lain pula yang order. 

Semalam kami gerak ke Wangsa Maju lepas siap solat maghrib. Lebih kurang 8.20 macam tu dah sampai. Masa ni pun dah ramai orang dalam kedai. Ambil menu tengok tengok dulu tapi tak tahu rupa makanan tu macam mana. Then cashier bagitau kena scan qr then boleh tengok rupa menu macam mana. 

Untuk dua intan payung ni. aku pilih Spagetti Creamy Mushroom, sebab carbonara tak de. Inilah rupanya. Rasanya sedap cuma kuahnya sikit. Aku suka kuah banyak. Kalau banyak confirm aku repeat lagi makan spagetti kat sini. Intan payung makan sikit je. Tak kena dengan tekak dorang. Sudahnya, mommy yang kena habiskan. Mana la tak naik berat. Hurmmm...

Lurviey order Smokey BBQ Chicken Grill. Unexpected betul bila tengok depan mata macam ni.  Aku gelakkan je Lurviey yang muka yang macam krikk krikk je. Nak expect apa lagi kan dengan harga RM11.90 ni. Lol.. Lurviey kata sos dia sedap rasa smokey gitu. Bagi tekak aku pulak, rasa biasa biasa je. Jagung dia manis betul. 

Aku punya Mixgrill Lamb. Spagetti bolognese rasanya sedap cuma kalau kuah lagi banyak, lagi puas aku makan. Harga RM15.90. Kambing dia terpaksa aku makan guna tangan. Susah naww aku nak guna pisau dan garfu gitu. Next time aku tak kan order lamb dah kalau makan kat sini.  

Sementara menunggu makanan sampai, Lurviey order crunchy fries. Harganya RM5.90. Fries memang rangup, sedap rasanya. Sos pun sedap tapi sejuk macam baru dikeluarkan dari peti ais gitu. Ok je. Anak anak makan sampai habis. So, next time boleh order lagi. 

Air pula Lurviey ambil Root Beer Float, RM2 dan untuk anak Lurviey order Bandung Float RM4. Aku tak de air sebab aku nak order kopi tapi yang ada nescafe je. Total habis RM51.50. 

Bagi aku ok je, boleh lah, ada rasa dan sedap cuma tak ok kat tekak aku. Lagi pun orang ramai je datang makan dan repeat lagi. Cuma bagi aku nak repeat tu aku pun tak pasti. Mungkin ya atau mungkin tidak sebab kat seberang jalan rumah aku memang dah ada port western yang sedap dan kena dengan tekak aku. Tapi aku nak merealisasikan hasrat Lurviey yang nak cuba kat The Soru Station. Sekian..


P/S: Tunggu Naura balik play school nak pergi jalan jalan cuti sekolah hari ni.

7 Comment for "Makan Di Soru Station Wangsa Maju"

murah jugak ye makanan kat situ. nampak menyelerakan la juga tu.

Wah, boleh cuba ni.... nampak meyakinkan!

yummy... pandai sis ambil gambar.. suke tgk gambar2nya..

wow...semua pun nampak sedappp..alhamdulillah

Lapar perut akak tengok menu tu semua..scroll laju2 la..hahaha...x leh tahan ngan godaan..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top