You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pilihan Sushi Yang Sedap Semestinya Di Empire Sushi

 Assalamualaikum... 

Pilihan Sushi Yang Sedap Semestinya Di Empire Sushi | Cuti Krismas tak tahu nak ke mana jadi jadi follow the flow sahaja. Plan nak ke Putrajaya tapi tu la plan dalam kepala otak je la. Pergi ke Sungai Buloh dulu nak tengok gudang buat clearance sale. Lepas tu aku cadangkan ke Melawati Mall sebab nak ke Kaison. 

Sebelum balik singgah Empire Sushi dulu sebab macam dah lama tak makan sushi. Kalau sebut sushi ni aku pandai makan yang aku biasa makan je. First time aku makan sushi zaman study dulu la. Sushi pun beli sushi kat Carrefour je (Aeon Big). Orang kampung bukan pernah makan sushi. 

Kat Empire Sushi ni ada banyak pilihan dan harganya memang mampu beli. Yang penting rasanya sedap. Aku kalau beli kat Empire Sushi ni ambil yang Spicy Tuna Maki dan Salmon Roll je. Aku tak berminat nak cuba yang lain. Lurviey selalu cuba yang baru setiap kali datang beli kat sini. 


Aku suka tengok susunan sushi ni. Nampak comel dan menyelerakan. Naura kalau datang sini selalu minta beli mochi tapi masalahnya dia tak makan pun. Kan membazir gitu. 

JANGAN RAGU DAN RISAU NAK MAKAN EMPIRE SUSHI SEBAB EMPIRE SUSHI PEMEGANG SIJIL HALAL


Aku teringin juga nak makan kat Sushi King tapi bila tengok menu, alahai tak tahu nak order apa. Sudahnya setiap kali lalu depan Sushi King nengok je la kat dalam tu. Masuknya tidak sebab dua dua jenis tak reti nak order apa. Aku nak try makan kat Nippon Sushi nanti. Mama cakap sedap makan kat situ. 


Sebelum ke Kaison, isi perut dulu kat The Chicken Rice Shop sebab Naura nak makan nasi ayam yellow dan aku teringin mi kari. Mencabar betul nak menikmati makanan kat luar ni sebab intan payung kesayangan tak reti duk diam. 


Jalan jalan kat Kaison beli mainan untuk intan payung je. Naura beli puzzle dan Aryan beli 'lego'. Tengok la Aryan duk peluk lego tu. Dia memang suka sangat mainan lego dan blok so belikan yang macam ni je. Aku nak beli pampas tapi pasu tinggi tak beli lagi. Tak berkenan pula yang ada kat Kaison. Sekian, jalan jalan hari krismas. 


P/S : Nak jalan kat Putrajaya tapi apa yang best kat sana ye?

Tag : food
6 Comment for "Pilihan Sushi Yang Sedap Semestinya Di Empire Sushi"

Akak plak x makan sushi, kalau makan pun yang bleh dimakan je la..bukn pilihan la sushi ni...seronok la Naura ngan si adik ye...

Anak nombor 2 dan bongsu saya sukalah sushi ni, pantang jumpa!

sy br pernah sekali je mkn empire sushi masa jalan² di IOI dlu... mmg sedap.. skrg di kuching br ada empire sushi tp blom try lgi beli yg di branch kuching

Uncle pernah cuba shushi....

Rumusannya uncle ni bukan orang shushi....

sejenis yg tak mkn sushi...
sy laa tu hehehehe

Belum pernah lagi makan Empire Sushi ni selalunya Sushi King jela jadi pilihan 😬

by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top