You don’t have to be big. You have to be remarkable

Korang Dah Cuba Ke Cromboloni

 Assalamualaikum.. 


Korang Dah Cuba Ke Cromboloni | Viral kebelakangan ni anak cucu cicit donut, iaitu CROMBOLONI so called New York Croissant Rolls. Kek Tapak Kaki Kuda pun aku belum pernah cuba lagi, ini kan pula cromboloni. Seriously, bila tengok cromboloni ni memang membuak buak rasa ingin mencuba tu. 

Kredit : Lafayette Bakery

Tempting kan? Geram pula aku tengok, lagi lagi tengok video cromboloni ni. Fuhhh.. 

It originated from the United States. It was originally called The Suprême. It can be enhanced with many different flavors such as chocolate, pistachio, and caramel. It was created in 2022, by the New York establishment Lafayette Grand Café and Bakery and since then it has spread around the globe.

Kredit : Lafayette Bakery

Daripada pembacaan aku, cromboloni ni di buat menggunakan doh croissant kemudian dibentuk guna acuan bulat. Selepas siap dibakar dan disejukkan baru dimasukkan filling pastry cream. Dan nak buat cromboloni ni bukan semudah uli, bentukkan dan bakar. Aku baca The Suprême ni ambil masa tiga hari untuk siap. Baker & Owner Flour Crown pun ada bagitau rumit nak buat croissant dan cromboloni ni. Aku teringin cromboloni kat Flour Crown jadi jauh nun kat Kedah. 

Aku kalau benda viral lepas setahun baru aku cuba. Tu pun kalau aku rasa nak cuba. Tapi aku salute orang yang mencuba makanan minuman viral ni sebab gjgih beratur panjang sampai berejam jam. Benda viral ni biasanya sekejap je dan ramai yang ambil kesempatan jana pendapatan as " hit and run ". Cuma kalau meniaga tu biarlah sedap kat tekak orang sebab orang bayar guna duit tau, bukan air liur. 

Kalau cari cromboloni ni carilah yang buat guna doh croissant bukan puff pastry tu. Mana nak jadi kalau guna puff pastry tu. Kalau cari cromboloni ni, jangan expect harga murah. Mahal juga seketul cromboloni ni. Aku kalau ye betul guna bahan premium, tak kisah sangat keluar duit dan yang penting sedap seperti yang dibayangkan. 


KAT MANA KEDAI JUAL CROMBOLONI SEDAP. 

  • Flour Crown, Jitra Kedah. 
  • The Butter, Melaka
  • Crood's Cafe by D Kaseh Cake , Muar Johor.
  • Croiss X Coffee, Melaka
  • Butter & Batter, Penampang Sabah
  • Aprileaf Bakery Cafè,  Penampamg Sabah
  • P&C Kitchen, Puncak Alam Selangor
Kedai Cromboloni ni pilihan warga facebook. Selamat mencari buat korang yang hunting cromboloni. Aku kalau roti, pastry ni kurang sikit cuma cromboloni ni lain macam sikit rasa teringin tu. Tapi aku memang tak sanggup la nak beratur, bersesak untuk benda viral ni. 



P/S : Sehari lagi nak tahun 2023A. 



Tag : food
6 Comment for "Korang Dah Cuba Ke Cromboloni "

Benda viral ni selalunya Cie paling lambat try. Hihi. Bagi tenang2 dulu baru cari.

by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

Crom... crombo.... crom...
susahnya nak sebut.

Belum lagi....

Teringin juga..tapi rasa benda ni mahal
Kemudian hari jela try heheeh

sama @Cie he hee dah redaa viral baru kita cuba

Sy pun belum try lg.. belum rasa lg nk try sbb mcm manis je... bombolini pun sy kureng jugak.. butter croissant tu fav... x suka sgt benda yg over manis

Hype betul cromboloni ni kan. Samalah, saya pun tak merasa lagi. Kek tapak kuda pun sama, belum lagi mencuba. Tengok harga 1 boleh tahan juga.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top