You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sedap Juga Mi Sedaap Korean Spicy Chicken

 Assalamualaikum... 

Sedap Juga Mi Sedaap Korean Spicy Chicken | Bila sebut makanan Korea ni terus aku teringat momen masa mengandungkan Aryan. Masa tu belum check UPT lagi tapi tekak dah loya tengok makanan Korea tu. Minggu lepas Lurviey try beli Mi Sedaap yang goreng ni. Aku kalau yang sup tu memang suka sampai tak cukup makan, tapi yang goreng ni seram nak makan teringat masa first time try  Samyang. Tak gemor aihh.. Pijor mulut. 

MI SEDAAP KOREAN SPICY CHICKEN



Dah siap masak dan makan, sedap juga Mi Sedaap yang goreng ni. Pedas pun masih boleh diterima oleh perut dan aku suka tekstur mi yang kenyal. Tak mudah rasa muak bila makan. Pekena pula dengan telur goyang. Hehe... Tapi Lurviey kurang suka rasa pedas macam tu.


Mi segera apa lagi yang best? Cer suggest jap kat aku. Aku suka mi segera jenis berkuau, pedas, masam dan lemak. Apa yang best? 


P/S: Tekak teringin nak makan kek coklat kukus tapi antara rajin dan malas sekarang ni 🤦‍♀️




Tag : food
10 Comment for "Sedap Juga Mi Sedaap Korean Spicy Chicken "

Kat tulisan spicy tu ada gambar api... tu yang takut tu!

tengok gambar mi sedap...memang teringin jug nak cuba

Saya pernah cuba sekali. Memang sedap!

Suka jugak mi segera mcm ni tapi kalau pedas, saya tak boleh telan takut bermalam dalam bilik air haha

Tapi kalau craving tu datang saya akan makan Mi Segera jenama Jin Ramen perisa Mild tapi kalau suka pedas, dorg ada yang pedas juga. Kalau yang dry saya akan cari yang tak terlalu pedas but cheesy. Ya ampun, lapar lah pulak..

Mmg sedap mee korea mee sedap ni... bg sy sedap dpd samyang... tp sy x letak semua cili tu... letak yg no 1 je.. hehehe

xpernah cuba lagi yg ni, tp tengok pada pedas tu memang xkan cuba.. tatut

Setuju! Pedas ni masih boleh diterima dan sedap. Pedas yang ada rasa berbanding samyang ramen tu pedas semata-mata tapi tak ada rasa sangat.

Tapi… sy masih setia dengan megi kari. Acaner tu? hehehehe… cuma jarang mkn je… kalau teringin baru masak hehehe

Ada nampak, tak pernah beli lagi...sedap erk? boleh la cuba nanti

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top