You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cocoa Indulgence Cake Pilihan Hati Di Pistachios Bakery

 Assalamualaikum...

Cocoa Indulgence Cake Pilihan Hati Di Pistachio Bakery | Sebagai penggemar kek, memang aku nak kek bila birthday aku. Ni la time aku nak beli sebiji kek. Hehe.. Kalau Secret Recipe ada Chocolate Indulgence tapi di Pistachio's Bakery ada Cocoa Indulgence. Harga lagi murah dari Secret Recipe dan rasanya tetap sedap juga. 

Anak anak paling tak sabar lagi lagi Naura. Dari pagi sampai ke petang dia tanya 'bila nak happy birthday to u mommy?'  (maksudnya ada kek dan makan kek) Kat otak dia dah program bila ada birthday mesti ada kek. Haishhh.. 

Tiga lapisan yang mewah dan tidak memuakkan. Lapisan premium dark cocoa mousse, white chocolate mousse dan royal moist cake. Kek bersaiz 7" . Ok la untuk small famiky celebration gitu. 

Rasa memang sedap, mewah dan tak muak. Bagi tekak aku la.Paling mommy terkejut Naura boleh makan kek tu sampai habis, tapi makan kat bahagian bawah sekali tu la. Punya la banyak kek dia makan tapi mousse tu tak makan. Sudahnya mommy yang kena makan. 

Jangan lupa guna membership card, sebab dapat 10% off. Banyak tu. Harga kek RM48 before discount. 

Disebabkan intan payung kesayangan tak cukup makan kek, maka mommy terpaksa rela buat kek choc moist. Lama sungguh tak buat. 


P/S : Aku teringin pizza tapi tak tahu mana nak cari area Gombak ni.

Tag : food
5 Comment for "Cocoa Indulgence Cake Pilihan Hati Di Pistachios Bakery"

kek kat pistachio bakery memang sedapppp.. sayang kat sban x de

Happy Birthday Sis Naniey... Semoga Allah panjangkan umur sis dan kurniakan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah buat sis sekeluarga. ameeeennnnnn

Kalau cam ni kena hari2 sambut pibeday! hahaha

sedapnya.. budak² ni kan birthday org lain pun mereka excited... happynya jd budak²

haihhh kenapa laaa jauh kedai kek pistachio niiiii

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top