You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kedai Kek Pistachio's Bakery Taman Danau Kota

 Assalamualaikum...


Kedai Kek Pistachio's Bakery Taman Danau Kota | First time masuk dan membeli kat Pistachio's Bakery ni masa birthday Naura bulan 5 hari tu. Mommy dah pening nak cari kat mana kek pelangi. Tetiba tahun ni dia nak kek pelangi pulak gara gara tengok video decoration cake kat Youtube. Gigih mencari akhirnya nampak kat Pistachio's Bakery ni. 


Birthday aku semalam, aku nak makan kek kat Pistachio's pula. Selalu beli kat Baker's Cottage tapi tahun ni try lain. Secret Recipe not in the list. Lama sangat dah aku tak makan SR ni. Aku masih simpan pamplet yang aku dapat masa beli kek birthday Naura jadi aku rujuk siap kek apa aku nak beli. Aku memang suka makan kek jadi memang aku nak kek. Lol..  Pilihan aku ada dua Cocoa Indulgence atau Chocolate Belgium. Pening kepala nak pilih yang mana satu. 

HARGA KEK KARTUN PISTACHIO'S BAKERY


Rambang tengok kek kartun kat sini. Naura dah siap pilih dah kek apa dia nak birthday dia nanti. Aryan tak fokus kat kek tetapi belon kat bouquet yang menarik perhatian dia. Kalau nak custom kek kartun pun boleh kat sini. Harga lebih kurang RM240++ tadi aku tengok. Lupa pulak saiz berapa. Tadi aku tengok sample kek Mario Bros. 

HARGA CUSTOM WEDDING CAKE CARTOON CAKE DI PISTACHIO'S BAKERY 



Selain kek, ada juga roti, biskut dan manisan lain kat sini. 


Ada juga mini cup cakes kartun yang comel ni. 


Macaron pun ada tapi aku memang tolak awal lagi sebab manisnya ya ampun.. Teringat mama bila tengok macaron ni sebab mama suka macaron ni.


Poket adik doraemon pun ada. Macam macam la ada kat sini. Belum masuk yang ada dalam chiller. Tak sempat aku ambil gambar tadi. Rambang masuk kat sini. Pilihan banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. 



Dah siap beli kek tetiba pula aku terasa nak check halal. Bongok betul. Dah beli baru nak check. Alhamdulillah, Pistachio's Bakery berstatus halal. 




P/S : Nanti aku reveal and review next entri kek apa aku beli ye. Panjang sangat dah ni. Hehe.. 



Tag : food
4 Comment for "Kedai Kek Pistachio's Bakery Taman Danau Kota"

Akak pun dah lama x makan kek..kena beli kek ke apa ni..hahaha...takpe nanti 28hb birthday Mak Pah..boleh la beli kek

kwsn umah ciknur dkt keramat permai ada. kadang2 membeli disini. sedapp keknya.

kedai kek fav sy ni dulu masa duduk melawati. saban minggu datang sini sebab nak makan bun ccream cheese dia. kek2 kedai ni mmg sedapppppp. kena dengan selera saya. murah pula tu....

hahahah...begitulah kita ni. lama2 kita akan biasa dengan "check dulu sebelum beli" sbb skrg pun rasanya kita dah buat benda ni kan. check dulu pengeluar supaya kita tak terbeli barangan dari syarikat yg menyokong Isnotreal lahanat tu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top