You don’t have to be big. You have to be remarkable

Corndog Family Mart Atau Corndog CU Mart

 Assalamualaikum... 


Corndog Family Mart Atau Corndog CU Mart | Sambung balik kisah semalam lepas siap breakfast kat Dapur Amiey aku jalan jalan jap kat pasar minggu Greenwood dan ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke pasar minggu selama duduk 5 tahun kat Gombak. Siap pusing pusing kat pasar minggu dan beli buah mata kucing aku ajak Lurviey cari beras dan susu anak kat Speedmart99. Beras tak de, nasib baik susu ada. Yang penting susu dulu. Hehe.. 

Settle beli susu ajak Lurviey pergi Family Mart kat Prima Gombak. Bukan nak membeli sangat tapi nak pusing pusing naik kereta. Ramai orang kat FM jadi kena ikut turn. Biasanya Lurviey je masuk FM ni. Aku tak pernah masuk pun. Plan memang nak beli corndog je. 

Rambang mata juga bila masuk FM ni, tapi target aku nak beli corndog je.


Nampak sedap begel, croissant tapi aku kurang roti roti ni. Jadi tengok je la. 


Kopi pun murah harganya tapi aku dah plan nak buat kopi sendiri. Next time aku nak try latte FM. Lurviey banyak kali offer oden tapi tu la tak terasa nak makan oden. Dah siap bayar corndog tetiba rasa nak oden pula. Korang pernah perangai macam ni tak? LOL!! 


CORNDOG FAMILY ATAU CORNDOG CU MART YANG SEDAP? 


Bagi aku dua dua sedap. Dari segi harga FM lagi murah sikit dari CU Mart dan sos pedas FM lagi pedas dari CU Mart punya. Pijar mulut aku. Rasa bengkak macam orang cucuk filler.  Korang suka yang mana?



P/S: Hari ni Selangor cuti, tetap kerja sebab ada delivery kat KL 🙂


Tag : food
2 Comment for "Corndog Family Mart Atau Corndog CU Mart"

Pernah makan yg family Mart ja, yg CU xpernah lagi. Tp mmg yg FM tu mulot auto Angelina Jolie🤣

Pilihan kopi dia boleh tahan meriah!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top