You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buttercream Latte Best Seller Gigi Coffee

 Assalamualaikum... 

Buttercream Latte Best Seller Gigi Coffee | Dah lama nak try Gigi Coffee tapi mall yang aku selalu pergi memang tak de outlet Gigi Coffee ni. Kebetulan semalam ajak Lurviey pergi Wangsa Walk. Dah lama tak ke sana. Sampai kat Wangsa Walk dah petang dan ada orang tengah berzumba dekat main entrance. Excited Naura tengok nenek nenek berzumba. Bertenaga betul dorang. Teringat zaman zumba dalam bilik je. Sekarang 'terlebih rajin' nak berzumba tapi teringin juga nak join yang indoor untuk muslimah saja tu.

Masa nak balik semalam ternampak Gigi Coffee ni dan aku terus bagitau Lurviey aku nak try Buttercream Latte tapi aku terlupa nak minta Lurviey add on expresso shot. 

Harga standard kedai kopi mesin. Hehe... 

Kopi Best Kat Gigi Coffee 

  • Buttercream Latte add on expresso shot
  • Dark Choco Mocha
  • Seasalt Caramel Macchiato
  • Pecan Praline Latte
  • Green Tea Latte
If korang suka kopi strong pilih Indonesia beans instead of Colombia bean.

Dah puas hati dah dapat rasa Buttermilk latte. Sedap, creamy, buttery tapi tak rasa pahit kopi tu. No wonder ramai yang suggest add on expresso shot. Next time la try. Jarang aku beli kopi ais sebab ais yang banyak dari kopi. Tapi untuk Buttermilk latte ni aku beli ais. Pelik jap Lurviey tetiba aku beli ais. 


Sebelum balik Naura nak bergambar dengan pokok krismas. Suka sangat dia dengan pokok krismas. Asal jumpa pokok krismas mesti suruh mommy ambil gambar. Aryan kepenatan tidur dalam stroller. 


P/S: Sekarang kopi brew je kat rumah. Poket tak tebal nak beli setiap hari. Aku buat kopi dua kali sehari. Jadi jimat brew sendiri. Sesekali boleh beli. 


4 Comment for "Buttercream Latte Best Seller Gigi Coffee"

mmg signature nya buttercream latte..suka....masa awal2 dlu kemunculan slalu sold out

Dah try masa tengah hype awal dulu. Sedap juga. Tapi itulah kena habiskan cepat, kalau dah cair aisnya kurang sedap dah.

Hari tu blogger nina ada share juga fasal air ni. Tapi saya tak try lagi walaupun hari-hari Nampak kiosk ni hahaha…

Suka semua yang ada kat situ..hahaha..selalu akak amik Colombia, sekali sekala Indonesia

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top