You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Ayam Hainan 786 Prima Gombak

 Assalamualaikum... 

Nasi Ayam Hainan 786 Prima Gombak | Ni entri lama juga tersimpan dalam draft cuma aku edit balik je. Hehe. Sekarang cuma nak kembalikan mood menulis tu. 

Nasi Ayam Hainan ni terletak di Prima Gombak Batu Caves. Aku tak ingat masa aku pergi ni ada cuti apa sebab nasi ayam yang anak aku suka makan kat Kg Changkat Ria tutup pula masa tu. Jadi kami pun mencuba di Nasi Ayam Hainan 786 ni. 

BACA: NASI AYAM RESTORAN CHANGKAT RIA


Restoran ni boleh makan kat luar atau kat dalam. Aku prefer kat dalam sebab ada aircond. Panas waktu tengahari nak makan kat luar. Masa aku sampai ni tak ramai sangat dah orang sebab dah nak masuk 3.30 petang dah pun. 


Inilah set nasi ayam hainan Mamu Syed kat Restoran Nasi Ayam Hainan 786 ni. Aku sebenarnya nak cuba mi kari tapi disebabkan perut lapar nasi, jadi aku order nasi je la. InshaAllah next time aku cuba mi kari kat sini. Yang penting perut anak anak aku terisi dan kenyang.


Nasi ayam ok cuma bab ayamnya aku kurang gemar sikit sebab berkicap macam ni kot. 


Alhamdulillah kenyang. Cuma kalau nak repeat nasi ayam tu mungkin tak kot bagi tekak aku. Kalau korang nak try boleh la datang ke alamat di bawah ni 

Nasi Ayam Hainan 786
G-13A Jalan Prima SG1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves 

P/S: Selamat bekerja semua

Tag : food
6 Comment for "Nasi Ayam Hainan 786 Prima Gombak"

nampak sedap dan banyak juga ayam nya :)

sy pun suka nasi ayam hainan tp betul lah bila berkicap mcm ni jd turn off pulak rasanya nk mkn... kalau mmg ikut yg chinese style betul² xde kuah kicap macam ni

Sama pulak selera kita. Saya pun kurang gemar ayam begini. Nak repeat tu memang mungkin taklah

Cantik hidangan ayamnya.Atas ayam tu dia bubuh bawang putih goreng ke?

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top