Assalamualaikum....
Keputusan Rayuan Penempatan Murid Tahun 1 | Tahun depan Naura nak masuk sekolah rendah dah. Aduhai, macam macam perasaan ada dalam hati ni. Risaunya... Macam mana ye perasaan tawakkal mak zaman dulu lepaskan anak ke sekolah ye? Bulan April sebelum aku beranak hari tu aku apply CBN untuk Naura tapi sayangnya gagal. Biasalah gagal sebab tak de tempat kosong. Tak de rezeki..
Rayuan di buka then aku terus apply sekolah dekat area rumah aku je memandangkan CBN tu memang dah tak de kekosongan dah. Tujuan aku apply CBN sebab sekolah tu sekolah perempuan sahaja dan memang dari Naura kecil lagi memang aku, Lurviey dan nenek pun nak Naura masuk CBN.
Kelmarin aku baru check result rayuan. Sedihnya bila tengok RAYUAN DITOLAK. Terasa macam tak guna pula kena reject ni. Lagi sakit hati bila die hantar sekolah yang bukan dalam rayuan aku tu. Dah la sekolah jalan jem. Bagitau mama tadi, mama bagitau memang kena keluar awal pagi la nak hantar Naura nanti sebab dulu mama hantar Lurviey dan adik adik sekolah ST John gerak pagi pagi lagi. Batu Caves ke Kg Baru tu macam nak nangis ni aku rasa.
Aku call sekolah sekitar rumah aku, ada yang penuh, ada yang tak pasti dan katanya pergi dulu sekolah asal dan lepas dua minggu baru mohon pertukaran sekolah secara manual. Sebenarnya, aku masih mengharapkan ada jalan penyelesaian lain. Aku masih cuba call sekolah dalam PPD aku ni untuk tanya sekiranya masih ada kekosongan. Reason? Sekolah yang Naura dapat ni terlalu jauh dan perlu melalui tol setiap hari. Dah la nak kena hadap jem pula tu.
P/S: Semoga dipermudahkan urusan persekolahan Naura. Aamiin....


0 Comment for "Keputusan Rayuan Penempatan Murid Tahun 1 "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)