Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Hasil Detail Scan Detect Baby Ada CPAM

 Assalamualaikum... 

Hampir 6 bulan berlalu, baru jenguk kembali blog. Kali ni aku nak kongsi tentang pregnancy ketiga aku. Awal Januari aku booking untuk detail scan dengan SonoBee. Masa Aryan dulu detail scan buat kat Klinik Siti. Tahun ni Klinik Siti kat tempat aku ni dah tutup. Rasanya banyak cawangan Klinik Siti dah tutup.

Sebelum pergi detail scan, ikut mama pergi kenduri kahwin dulu. Makan kenyang kenyang dulu sebelum nak scan petang nanti. Naura dan Aryan memang memang excited nak tengok. Pengalaman pertama untuk Aryan dan kedua untuk Naura. Rasanya Naura tak ingat sangat masa scan Aryan dulu sebab masih kecil.

Bila sampai giliran memang excited bila sono tunjuk setiap organ organ baby. Jantina? Aku tak kisah sangat asalkan sihat sempurna je. Bila dah happy tengok semua tiba tiba sono pun cakap ada lain sikit kat paru paru baby. Kalau normal sepatutnya tak de tompok putih putih katanya. Sono bagitau baby ada cyst kat paru paru atau dalam bahasa perubatan di panggil Congenital Pulmonary Airway Malformation (CPAM). Bila dengar je baby ada CPAM ni memang terus down rasa. Macam macam benda ada dalam kepala otak ni.

A congenital pulmonary airway malformation (CPAM) is a mass of abnormal fetal lung tissue that forms during pregnancy. This mass, or lesion, is usually located in one lung and it does not function as normal lung tissue.

Lesions vary in size and appearance and can change significantly during the pregnancy. A baby with CPAM can have one lesion or many. These lesions can be solid or filled with fluid.  

There is no known cause for CPAM, which was previously referred to as congenital cystic adenomatoid malformation (CCAM). The condition is relatively rare, affecting about 1 in 25,000 pregnancies. It is slightly more common in males than in females. CPAM is not hereditary, so it usually does not recur in families. - CREDIT 

Pregnancy yang ketiga ni Alhamdulillah tak de GDM, tak de masalah jantung laju. Kalau tak mesti kena ambil darah (TFT) untuk tiroid. Cuma masalah pregnancy ketiga ni HB aku low dan kurang cantik. Masa Naura dan Aryan memang cantik je HB. Aku makan obimin je. Tapi pregnancy ketiga ni obimin tak jalan. Terpaksa telan zincofer tu pun dapat telan lepas habis fasa alahan. 

Aku follow up untuk scan paru paru baby ni sampai minggu 38 sebelum serah diri untuk induced andai kata tak de tanda tanda bersalin lagi. Last check up aku jumpa Dr Sarah (O&G) dan Dr Lokman (doktor bedah kanak kanak) . Doktor bagitau kalau tengok hasil scan tu nampak macam banyak berkurang tapi untuk lebih yakin kena tunggu baby lahir dulu baru boleh tahu keadaan sebenar. 

Lepas aku buat detail scan tu memang aku selalu cari info tentang CPAM ni. Kat Malaysia ni tak ramai yang share pasal CPAM ni. Aku jumpa 2 orang ibu yang sharing tentang anak mereka yang ada CPAM. Aku DM dorang tanya apa yang aku nak tahu, at least aku dapat info dan bersedia apa yang akan aku hadap nanti. 

   

9 April 2025, lahirlah Muhammad Aqeel Miqael dan hari ni juga perginya papa ke negeri abadi. Aku dapat tahu papa meninggal masa aku kat PAC jam 2.30 pagi tengah melayan light contraction. Sempat bacakan Yassin sebelum Aqeel keluar. Mama aku, mama mertua aku ingatkan aku tak tahu pasal ni dan dorang pun tak nak inform lagi sebab risau aku nak beranak, Aku awal lagi dah tahu dan relax je sebab memang aku dah bersedia dengan berita ni cuma tak sangka perginya papa pada hari yang sama Aqeel lahir. Baby dah lahir dan masa doktor nak jahit ni la baru aku menangis teringat kat papa. Al Fatihah papa.. 

P/S:Nanti aku share kisah baby kat NICU dan SCN 

 



0 Comment for "Hasil Detail Scan Detect Baby Ada CPAM"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top