Special Offer

Author

Merawat Tumit Merekah

Salam semua...
Hari ni aku nak share sikit info pasal merawat tumit merekah dengan kaedah yang sangat murah. Korang tak perlu nk pergi beli2 ubat kat farmasi tuh.. Sebelum tu biar la aku explain sikit even korang tak nak tahu pun kenapa tumit manusia ni merekah.



Tahu tak tidak ramai yang menitik beratkan penjagaan kaki padahal kaki adalah penting dan dengan melihat kaki lelaki atau wanita kita dapat tahu dia ni seorang yang pembersih ke pengotor. Apa lah gunanya kalau muka cantik jelita dan menawan kalau penjagaan kaki diabaikan. Duit diabiskan untuk penjagaan wajah semata-mata. Ni aku nak share la sikap aku masa zaman sekolah menengah dulu kat kampung aku muka mak cik-mak cik perghh cantik licin putih merah lagi.. Kalah aku. Ntah apa ditempeknya kat muka tu pun aku tak tahu. Tapi yang aku nak gelak nye sikap aku ni bila tgk muka orang aku ngan automatiknye akan tgk kaki.. Hehe.. Beza tu... Wajah putih melepak tapi warna kulit kaki... Erkkk aku rasa korang pun tahu apa yang aku nak ckp kan... Tak de la kot ye pun gosok la kaki tu kasik hilang daki kat celah-celah jari tu.

Ok la berbalik pada tumit merekah, ianya berbentuk garisan halus kat tumit kaki and if tak dirawat ianya akan menyebabkan rekahan yang panjang then lama kelamaan kulit kaki akan menjadi keras dan kasar (kematu) .

Ini adalah diantara punca tumit kaki manusia merekah

1.Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar. Perlu dielakkan.. :P
2.Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan kulit mudah pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini. ( Badan berat then tambah plak ngan berdiri terlalu lama)
3.Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan meningkatkan tekanan pada tumit. (pakai la kasut tertutup yerk)
4.Kelenjar peluh yang tidak aktif.
5.Bentuk tapak kaki terlalu leper.
6.Memakai kasut yang terlalu ketat.
7.Aktiviti lasak juga akan menyebabkan kaki manusia merekah

So terdapat banyak jenis cara untuk merawat tumit merekah tetapi aku nk kongsi satu je la kat sini sebab yang ni yang paling senang. Korang pun mampu la and mudah didapati.. Lagipun sejak dua menjak ni aku mengabaikan penjagaan kaki aku..

Apa yang korang kena sediakan adalah

1. Biji Baldi besar yang muat utk kaki anda
2.Air panas + Air Sejuk= Jgn bagi terlalu suam
3.Batu sungai atau apa2 yang kasar yang boleh anda gosok kaki anda
4.Losyen (tak kisah la losyen apapun )
5.Tumit anda yang merekah.

Cara-cara

Ok masukkan air panas yang telah dicampur dengan air sejuk ke dalam baldi dan kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit sekurang-kurangnya. Then bila kulit tumit anda da lembut adan boleh la gosokkan dengan batu sungai td. Tak payah terlalu kuat sebab korang boleh buat ni hari2 pun tak pe. Then lepas siap tu basuh kaki anda dan lap kaki anda dengan tuala dan akhir sekali sapukan losyen di tumit kaki korang. Lakukan 3 kali seminggu ( terpulang pada korg, aku wat hari2 and kesan dia dapat lihat kejap je) Tak sampai sebulan tumit kaki korang bebas dari merekah...



P/S: Selamat Mencuba!!!!

0 Komentar untuk "Merawat Tumit Merekah"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top