You don’t have to be big. You have to be remarkable

Penyakit Kelenjar Tiroid

Salam Semua...


Post kali ni just nak sharing sikit la berkenaan dengan tiroid dan juga penyakit serta rawatan tiroid secara tradisional. Walaupun orang prefer cara moden tp kadang kala ada individu yang tak mampu untuk tnaggung kos untuk pembedahan kan. Jadi alternatif lain adalah cara tradisional. Cara tradisional ni bukan la g jumpa bomoh ke dukun ke . Jangan salah anggap.. Walaupun aku bukan doktor tapi aku nak story la berdasarkan pengalaman aku sendiri. So mungkin ni boleh tolong orang-orang yang ada masalah tiroid ni.



Biasanya bile doktor pegang leher macam ni dia akan suruh kita telan air liur then tanye sama ada sakit tak masa kita telan air liur tu..

 

FUNGSI KELENJAR TIROID

 
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia dan ianya terletak di bawah peti suara dan ia mengawal tahap metabolisme tubuh organisma. Ia mengeluarkan hormon jenis tiroksina yang menentukan perkembangan otot-otot, keadaan fizikal serta keadaan mental secara am. Tiroksina juga menentukan berat badan manusia. Seseorang yang kurus selalunya mempunyai tahap metabolisme yang tinggi dan ini bermakna kelenjar tiroidnya mengeluarkan hormon tiroksina secara berlebihan. Bagi individu yang gemuk metabolismenya rendah kerana hormon tiroksinanya juga rendah.

Kat sini aku tak nak citer bebanyak sgt sebab aku ni bukan doktor cuma apa yang aku thu daripada pengalaman aku pergi jumpa doktor adalah ada dua jenis penyakit tiroid ni iaitu Hipertiroidisme dan hipotiroidisme. So biasa kedua-dua penyakit ini memerlukan ubat dan juga perlukan pembedahan untuk selesaikan masalah penyakit ni.


Before this aku ada tgk pasal tiroid ni kat TV3 dalam medik tv yang mana untuk rawat penyakit ni kena lakukan pembedahan. Seriau darah aku tgk. Ye la pembedahan tu... Aku perasan kat leher aku ni makin hari makin besar tapi tak sakit pun. Then pergi la jumpa doktor. Kena amik darah untuk buat diognosis hormon then kena tunggu la selama sebulan. Then after kuar keputusan ujian darah tu Alhamdulillah semuanya normal. Doktor ckp aku tak de masalah pun. Semua normal, cuma if nak cantik kena bedah la buang. Tu je. Then doktor nasihat aku untuk kurangkan makan kubis. Tapi aku suka makan kubis. Tu fav aku. Then aku ari-ari duk fikir macam mana nak selesaikan masalah ni until mama aku pun stress. Akhirnya one day mama bawak aku kat rumah mak kawan adik aku. Berubat cara tradisional. Then mak cik (dipanggil  Puteri) kata kena cari akar kayu pokok sertin then keringkan dulu then rebus and minum air rebusan tu.

Memang seksa sbb bagi sesapa yang pernah minum akar kayu tu tahu macam mana rasa pahit tu kan. Sangat pahit dan ada bau sikit. Aku minum time panas mendidih, tak de la pahit sgt nak telan. Nak cantik punye pasal. Tak nak aku bedah-bedah ni. Then akhirnya dalam masa kurang enam bulan da ok. Bengkak tu da hilang. Tak de lagi kat leher aku ni. Sangat happy. So skang aku makan kubis pun ok jer. Dulu terasa rendah diri sebab leher bengkak rasa tak selesa.
 

P/S: SESAPA YANG ADA BENGKAK KAT LEHER BETTER PERGI BUAT MEDICAL CHECK UP. SO BLEH THU SAMA ADA NORMAL ATAU HIPER ATAUPUN HIPO. ADAKAH AKU KURUS DISEBABKAN HORMON AKU AKTIF DAN METABOLISME AKU TINGGI. (wondering)





9 Comment for "Penyakit Kelenjar Tiroid"

Assalam, nak tanya.. Akar pokok sertin tu caner rupe nya eh??

kat mana u berubat tradisional tu ye .. address or phone number ada tak ? tq

@albatross Albatrosses: xdpt nk trace u.. email me kt nanieybarnieylurviey@gmail.com

Assalam..nak tny kat mn tempat awak berubat 2?

Assalam..nk tny kat mn awak berubat ye..sy pun ade masalah ni jgk..dah cek hormon..normal..tp ade bengkak di leher...

Sis..mna nk dpt akar pokok sertin tu..cmner cara nk mnum?ada wktu2 tertentu ker..s

sis..mna nk dpt akar tu..bila wktu mnumnya..

Askm , nak Tanya akar pokok sertiñ tu macam mana rupanya

Izatun : gmbr pokok tu sy xde. sy nk inform pun sy x thu.. dah lame daa.. contact no tmpt berubat tu pun xde

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top