You don’t have to be big. You have to be remarkable

Anak Lapar disisi Mayat Ibu Berulat

Salam Semua...

Emm kejap je masa berlalu dah pun ptg.. Mesti banyak perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku pada hari ni. Sama ada benda yan baik ataupun yang buruk. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang buruk.. Amin....

So ari ni akhirnya diterima jugak latihan ilmiah aku. So sambil relax and nak edit lagi sikit ni baca la Metro lak.. Awal pagi baca kosmo kan. So terkejut la jugak bila tgk muka depan tentang anak yang kebulur temani mayat ibu.. nak tahu apa kisahnya? Harap aku tak terlewat lagi untuk berkongsi apa yg aku baca ari ni...Jom Baca....
__________________________________________________________________________________
SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.



Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.


Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.


“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.


Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
__________________________________________________________________________________
Kesian sungguh kat anak kecil tu yang tak tahu apa2 pun.. Di manakah bapa budak ni?? Apakah nasib budak ni akan datang...

SUMBER: HARIAN METRO

P/S: BUDAK YANG TRAUMA AGAK SUKAR UTK DIPULIHKAN.. DI SINI PERLUNYA SOKONGAN TERUTAMA DARIPADA KAUM KELUARGA.. SEMOGA TUHAN MELINDUNGI KITA SEMUA.. AMIN...
0 Comment for "Anak Lapar disisi Mayat Ibu Berulat"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top