Bila Keperluan dan Keinginan Tidak Dipenuhi...

Salam Semua... Salam Maulidur Rasul... Na.. Ari ni la ari yang sepatutnya disambut oleh orang2 Islam.. Bukan ari semalam.. Valentine's Day..


Tgk entri kat atas tu melankolik kan.. Mmg aku masih lagi dalam mood melankolik.. Dan ianya akan berterusan hingga aku dapat rasakan keperluan aku dipenuhi... Bile relate dengan apa yang aku belajar manusia akan sentiasa bergerak untuk mencari titik kepuasan dan capai keperluan tu. Selagi belum tercapai selagi itu manusia akan terus bergerak. Bile teringat benda ni aku tetiba teringat kes-kes yang melibatkan penceraian dan seangkatan dengannya. Adakah ianya disebabkan ketidakpuasan di dalam rumah tangga menyebabkan manusia memilih jalan untuk bercerai dan terus bergerak untuk mencapai keinginannya.. So bile keperluan manusia tu dapat dicapai manusia dapat berfungsi dengan baiknya. Adakah ianya benar??

Lebih mudah aku ceritakan satu situasi... (PERINGATAN: INI HANYA PENDAPAT AKU).
Dalam kehidupan rumah tangga, isteri yang kehidupannya sebelum berkahwin adalah lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan suami dan juga apa jua yang dilakukan pastinya bersama dengan suami.. Tetapi suami pula sentiasa sibuk dengan perkara-perkara lain hingga mengabaikan isteri. Dan inilah punca berlaku curang didalam rumah tangga apabila keperluan masa bersama tidak dapat dicapai. Masa bersama bukan bermakna hubungan seksual.. So bile isteri mula tidak dapat keperluan tersebut, si isteri mula bergerak untuk mencari titik kepuasan tersebut dengan menjalinkan hubungan sulit dan ini mendorong berlakunya masalah penceraian dan isteri mendapat keperluan tersebut dengan orang lain. Tetapi manusia ni mudah buta.. Bile buat duit sampai tak ingat keluarga. Segala tanggungjawab serah kat isteri.. Emm.. if macam ni ramai perempuan akan memilih untuk hidup bujang daripada berkahwin. Apa guna berkahwin jika terasa terbeban..

Emm.. tetiba je nak buat entri ni.. Sigh...

P/S: MOOD MALAS NK BUAT KEJE..
Tag : personal
1 Komentar untuk "Bila Keperluan dan Keinginan Tidak Dipenuhi..."

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top