You don’t have to be big. You have to be remarkable

NBL: Kisah Tempat Praktikal Aku.

Salam Semua...
Emm sedar tak sedar da cukup sebulan pun aku ni praktikal. So post kali ni aku lebih bercerita kepada tempat keje aku dan pengalaman aku dengan keje ni semua. Sebelum ni aku memang tak pernah keje pun. Nak tahu kisah aku... jom la baca..


3hb Jan 2011 merupakan hari aku kena lapor diri sebagai kaunselor pelatih di sebuah IPTS di Kuala Lumpur. Niat hati sebelum aku jumpa tempat ni memang aku nak cari setting hospital sebab aku memang berminat untuk dealing ngan orang yang ada masalah psychology. But rezeki aku di setting education jugak. So aku terima la. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Dan ya aku akui yang bila masuk setting education ni aku lebih berminat dengan career counseling dan aku berhajat untuk mendalami bidang kaunseling kerjaya satu hari nanti. InsyaAllah.


Hari pertama masuk keje sememangnya agak berdebar2 jugak sebab aku ni orang yang tak pernah keje. Dua  minggu pertama merupakan minggu yang agak stress bagi aku. Sumpah aku da give up giler. Nasib la lurviey aku banyak support aku. Nak tak nak aku terpaksa harungi jugak. Lau x sampai bile pun aku tak boleh grad. So aku kuatkan hati aku untuk tempuhi semua ni. Nasib aku baik sebab dapat rakan praktikal yang baik and supportive dan also supervisor yang banyak bagi nasihat. Cume yang agak memberi tekanan kepada aku bile aku terpaksa melakukan benda yang bukan dibawah kuasa dan bidang aku. Sebab bagi aku tu buang masa dan tak de kaitan dengan aku. Kenapa aku harus dilibatkan. Daripada aku buang masa buat benda tu baik aku siapkan keje aku yang lain. Bile difikirkan balik, aku rindu time aku kat kelas dlu.. Kalau dulu aku sangat organized and detailed person. Everything yang aku buat mesti detail tapi rite now aku kena jadi orang yang flexible.


Aku happy sebab ada office sendiri. Boleh la dikatakan selesa sebab aku ni just temporary je. Kalau mmg staff kat situ bilik aku tu sememangnya tak sesuai. So bila da dapat bilik tu apa lagi, aku mula la memenuhkan meja aku yang kosong dengan macam2 benda. So that tak nampak kosong. At least ada something yang boleh relaxkan minda ngan mata aku..

Messy rite? Ni da nak balik keje.. Plastik roti pun masih ada atas tu lagi.. Huhu.. Banyak kan list "Things To Do" Ni belum lagi yang aku tulis dalam phone, dalam buku,. Ni la orang conscientious. Memang ada trait OCD sikit. Tapi aku selesa dengan diri aku macam ni. So aku akan sentiasa nampak apa yang aku kena buat and apa yang perlu dicapai.
 Tgk nampak high heels kan. Biasa la.. Bile2 pun high heels tu tetap akan ada. Sebabnye ntah la. Aku suka tgk high heels. Lagi tinggi lagi bagus.
Naa... Tgk pen warna warni tu.. macam tu la hidup aku yang ada macam2 color. Cewah..Tgk ada gmbr aku ngan lurviey. Sebenarnya byk lagi gmbr aku nk letak cuma tak cuci lagi.. ngee** Cantik tak kalender yang ada kat meja aku. Tu pemberian Adibah.. Thanks ya Deeb.. Mahal tu.. Aku pun sayang nk conteng. Nak buat list pun tak sanggup. Apapun Semoga semuanya berjalan dengan lancar sebelum 15 April dan semoga aku dapat mencapai target aku sebelum 15 April ni. Amin..

P/S: ABIS PRAKTIKAL DA DAPT EXPERIENCE DA SIKIT. TAPI KENA CARI BYK LAGI.. THEN BARU LEH BUKAK PUSAT CONSULTANT SENDIRI..
Tag : personal
3 Comment for "NBL: Kisah Tempat Praktikal Aku."

Nurul....aku dah lama xtau cite tentang ko..bl bukak fb ko,aku nampak blog ko n terus follow tentng ko...whatz up frewn?>>

kenangan ngan kiteorg pun bleh buat akak poning kpale...huhuhu

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top