You don’t have to be big. You have to be remarkable

Adi Wira dedah Identiti

Salam Semua...
Isnin kembali lagi. Memulakan pagi dengan keadaan yang sangat mengantuk, badan letih tapi ada perasaan gembira cuz weekend yang sgt happy dan penuh aksi. Ok la tak nak mengarut lagi.. Baca story kat bawah ni untuk santai info dunia ari ni.


SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.

Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.

Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.

"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi

Sumber: Kosmo Online
P/S: Adi Wira Malaysia Wira Malam Bisikan Naga.
0 Comment for "Adi Wira dedah Identiti"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top