You don’t have to be big. You have to be remarkable

KiddyTrack Kesan Lokasi Anak

Salam Semua,
Santai teknologi ari ni membawa korang dengan satu lagi teknologi yang sangat berguna kepada ibu bapa. Apa tunggu lagi, baca and jangan lupa dapatkan KiddyTrack ni. :) . Di harap dengan adanya teknologi ini masalah kehilangan anak boleh dikurangkan. Tapi jangan plak mengharapkan teknologi sampai anak sendiri pun tak terjaga. Sigh** Manusia zaman maju semua nk mudah tapi menyalahgunakan kemudahan tersebut. (sudah melalut lagi mengarut.. abaikan)

SEORANG model Maxis menunjukkan peranti KiddyTrack yang membolehkan ibu bapa mengesan di mana anak-anak mereka berada di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) kini menyediakan penyelesaian mengesan kanak-kanak yang pertama di Malaysia, KiddyTrack, yang dipacu oleh teknologi Mesin-ke-Mesin (M2M) Terurus Maxis.Penyelesaian M2M Terurus Maxis itu terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD) tanpa memerlukan input pengguna.

Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, KiddyTrack menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis untuk mengesan anak-anak pelanggan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Dalam hanya beberapa saat menerima SMS berkenaan, sistem ini akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setempat sehingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.

“Apabila ia tidak mendapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi kanak-kanak itu dalam lingkungan ketepatan radius 50 meter,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama Maxis dengan pemaju teknologi pengesan tersebut, KiddyTrack Sdn. Bhd. (KiddyTrack) dan pelancaran perkhidmatan KiddyTrack di sini semalam.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Gunalah teknologi dengan sebijaknya budak sebodohnya :)

0 Comment for "KiddyTrack Kesan Lokasi Anak"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top