Special Offer

Author

Patah Sayap Malamku

Salam Semua..

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Hanya ada berapa jam je lagi masa untuk melelapkan mata berehat setelah penat bekerja dan ke hulu ke hilir hari ni. Sumpah penat. Rindunya pada Lurviey. Dapat spent time kejap je.

Ini bukan kisah burung patah sayap tapi...


Well tak lama lagi sayap malamku akan patah. Tiada lagi sayap malam. Erk.. Apa tu?? Ok actually like my previous post I did mentioned that I feel uncomfy utk tinggal kat kondo ni lagi. Yes memang tmpat ni secure and bebas tapi keselesaan itu lebih penting. Aku bukan demand dan bagi aku berhabis duit untuk keselamatan diri much more better than take a risks dengan tmpt yang kurang secure. Bukan nak berlagak tapi inilah hakikat kehidupan.

Anyway after this hidup aku kembali seperti 10 tahun yang lalu, kehidupan ibarat di asrama, secure tapi tiada kebebasan. Segala pergerakan terbatas dan penyelia atau warden asrama ibarat ibu dan bapa yang akan mengawal pergerakan aku. Owh sayap malam aku akan patah tak lama lagi. Tak dapat menikmati keindahan KLCC seperti dlu. Ngeee.. Tapi demi keselamatan dan juga keselesaan aku pasrah. Cukup la dengan apa yang happen now dan aku tak nak ianya berulang lagi. Moral of the story dengar ckp Lurviey yang berfikir menggunakan akal yang rasional dan aku... Aku cenderung menggunakan emosi tanpa berfikir secara rasional dan akibatnya aku yang menanggungnya. Padan muka aku.

Apapun aku mengambil kesempatan yang ada untuk spent time dengan Lurviey secukupnya kerna aku tahu aku pasti merindui saat mcm ni nnti. Almost 3 years spent time together daripada zaman Uni hingga aku da keje hidup aku memang selalu dengan Lurviey.Bile tak jumpa, aku jadi sasau. Rindu. Aku tak de sapa lagi kat sini. Kawan? Kawan... Emm aku tak pasti dan aku tiada jawapan untuk itu...

Berapa lama masa yang aku perlu untuk menyembuhkan sayap aku yang patah? Aku pun yang pasti. Mungkin ianya akan mengambil jangka masa yang panjang. Mungkinkah sehingga akhir tahun 2012? Aku jugak tak pasti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan semoga keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk diriku,keluargaku dan Lurviey.

P/S: Terasa sayu saat pergi daftar asrama dan mula berfikir tidak rasional. Saat entri ini ditulis, aku mula berfikir secara rasional.
Tag : personal
0 Komentar untuk "Patah Sayap Malamku"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top