You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sengat Ikan Pari Di Keluarkan dari Punggung Selepas 8 Tahun

Salam Semua.. 

Happy Friday... Semoga Jumaat hari ni penuh dengan keberkatan, dipermudahkan segala urusan dan rezeki dan dirungkaikan segala kesulitan yang sedang dihadapi. Amin.. Pagi ni, sambil update time sheet sambil baca Kosmo! and ushar berita yang menarik la. Well macam tajuk kat atas tu at first I thought kat luar negara but it happen kat Malaysia.. Bahaya tuuu... Ok la baca kat bawah ni untuk berita penuh.. 

CHE MOHD. NURUL menunjukkan sengat ikan pari yang dikeluarkan dari punggungnya. Bahagian sengat ikan pari (dalam bulatan)
DUNGUN - Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.

Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.

Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.

Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.

Sumber: Kosmo Online
P/S: Teringat kat Host Crocs Hunter yang mati kena sengat ikan pari..

0 Comment for "Sengat Ikan Pari Di Keluarkan dari Punggung Selepas 8 Tahun"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top