You don’t have to be big. You have to be remarkable

Simbolik Kisah Pesta Cahaya

Salam Semua..

Santai budaya mlm ni jom baca kisah Pesta Cahaya.. Selalu dgr and tgk kat tv Pesta Cahaya kat but sejauh mana individu tahu akan budaya lain? Aku pun tak tahu and kebetulan ada artikel so why not sharing dalam segmen santai budaya kan.. 

DEEPAVALI atau Diwali sinonim dengan Pesta Cahaya dan bagi tahun 2011 akan disambut pada 26 Oktober ini. Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil iaitu antara bulan Oktober dan November.

Menurut legendanya, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan mengelakkan daripada berbuat jahat sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.Berdasarkan kisah tersirat di sebalik perayaan Deepavali, seharusnya seluruh masyarakat di Malaysia mengambil iktibar daripada perayaan ini.

1. Kebaikan akan sentiasa berjaya

Meneladani cerita Maha Krishnan yang berjaya menumpaskan Raja Naragasura, kita difahamkan bahawa kebaikan akan tetap menang dan berjaya juga akhirnya walau mungkin mengambil masa. Kebenaran dan kebaikan adalah perkara yang sepatutnya diamalkan dalam hidup kita seharian biar berdepan dengan apa juga rintangan dan cabaran.

Diakui bahawa sukar melaksanakan kebaikan dan kebenaran malah, kerap kali kebenaran dan kebaikan menemui jalan kepayahan atau buntu. Namun, jika terus bertahan dan kekal melaksanakan kebenaran dan kebaikan tersebut, penghujungnya adalah kejayaan dan kemenangan yang sebenarnya malah lebih bermakna. Seperti luahan kata Napoleon Bonaparte: Kejayaan di hujung seribu kegagalan itu adalah lebih bermakna.

2. Kejahatan tidak akan kekal lama.

Kekalahan Raja Naragasura di tangan Maha Krishnan membuktikan kejahatan tidak akan bertahan. Sampai masa dan ketikanya kejahatan akan ditewaskan dan dibinasakan.Seperti lincahnya si tupai bermain di dahan kayu, satu ketika tetap akan mendarat di atas tanah juga. Keadaan ini menjadi janji yang pasti, jangan sesekali mendewakan kejahatan kerana kejahatan tetap akan dimusnahkan. Anda tidak akan mudah berjaya dengan kejahatan.Jika ada pun kejayaan, ia hanya sebentar malah, kejayaan yang dihasilkan melalui sikap yang buruk dan jahat tidak akan memberikan ketenangan. Kita lihat saja kisah para penjenayah contohnya perompak. Mereka mungkin berjaya merompak jutaan ringgit tetapi, dalam masa yang sama mereka bermasalah untuk keluar ke tengah masyarakat, sentiasa hidup dalam ketakutan dan tidak bahagia. 

3. Fitrah manusia adalah sama

Seorang manusia, tidak kira apa agama anutannya, apa juga kaum dan bangsanya malah tidak kira lelaki atau perempuan, mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia iaitu difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai.Andai seseorang individu itu melaksanakan pekara kebaikan dan meninggalkan perkara kejahatan, sudah pastilah individu itu akan difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai.Sebaliknya, jika seseorang itu bertindak melaksanakan kejahatan, tidak menghormati hak individu lain, percayalah, anda tidak mungkin difahami, tidak akan diterima atau dihormati, sukar disayangi malah berkemungkinan ahli keluarga sendiri akan turut membenci.

4. Kebaikan tuntutan semua kaum dan agama

Jika difahami berdasarkan legenda Deepavali seperti yang dijelaskan pada permulaan perbincangan ini, jelas bahawa masyarakat India juga dituntut untuk melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kejahatan. Hakikatnya, arahan melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan adalah tuntutan dan arahan yang wujud dalam setiap agama, setiap kaum dan bangsa malah, dicetuskan tuntutan tersebut melalui perayaan.Semua agama melarang penganutnya minum arak, perzinaan atau seks sebelum nikah, pergaulan bebas, rasuah, menzalimi orang lain.

Larangan itu sebenarnya bukan semata-mata tuntutan agama tetapi menepati tuntutan moral manusia iaitu setiap individu berhak diberi peluang untuk hidup aman dan selesa. Tidak mungkin wujud keamanan dan keselesaan jika anda meneguk arak atau berjudi atau berzina dan lain-lain lagi malah, perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya perbuatan jahat yang lain.


 Lantas, biarpun Deepavali disambut sepenuhnya oleh masyarakat India, apalah salahnya kita sebagai masyarakat 1 Malaysia turut mengambil tahu mengenai Pesta Cahaya dan turut mengunjungi rakan-rakan yang merayakannya.

Selamat Hari Deepavali untuk semua!

Sumber: Kosmo Online
P/S: Masjid Jamek confirm sesak skang!!
0 Comment for "Simbolik Kisah Pesta Cahaya"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top