Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tak Sempat Nak Monday Blues

 Assalamualaikum... 

Tak Sempat Nak Monday Blues | Isnin datang lagi. Dah sedia maklum hari ni memang banyak kerja kena settle sebab dah tengah bulan. Banyak benda yang nak kena kejar dan dalam masa yang sama 'di kejar' juga. Lol ! Itulah kehidupan sebagai seorang dewasa. Penat !! 

Ayam goreng kunyit kena basah basah minyak


Alhamdulillah lunch hari ni tak perlu aku nak fikir sangat sebab semalam mama bagi sup tulang jadi hari ni habiskan sup tulang je. Untuk Naura dan Aryan mommy masak ayam goreng kunyit dan Aqeel salmon buttermilk. Settle untuk lunch, Alhamdulillah. Untuk dinner later mommy fikir. 


Settle lunch, sambung kerja semula untuk confirmation warna fabric untuk seat replacement dan kemudian reply segala email dan juga design banner. Dah settle semua payment barulah boleh lunch dengan tenang sambil tunggu client respon kat whatsapp dan scroll threads. 

Jam 6 petang, ajak Lurviey pusing pusing taman ambil angin petang. Di pertengahan jalan hujan mulai turun rintik rintik. Nikmatnya muka kena air hujan. Dah lama tak main air hujan. Masa kecil selalu bagi alasan nak cuci longkang sebab nak main air hujan. Hehe.. Padahal longkang tu bukan longkang ada air dan kotor pun. Musim hujan memang ni je la mainan aku dengan adik beradik. Bukan ada TV pun nak tengok, TV pun sekadar hiasan sebab tak dapat siaran. 

Sekian hari Isnin aku.... Tak sempat nak monday blues !! 

Monday blues refer to the common feeling of unease or unhappiness that many people experience at the start of the workweek


P/S : Semoga minggu ni lebih baik dari minggu lepas. Aamiin... 

 

Tag : emovere
0 Comment for "Tak Sempat Nak Monday Blues "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top