Assalamualaikum....
Selesai Dokumentasi Pendaftaran Tahun Satu | Selesai juga semua proses dokumentasi untuk pendaftaran tahun satu SK dan juga KAFA. Tak sangka Allah mudahkan macam tu je. Perancangan Allah Maha Hebat dan manusia hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan.
![]() |
| Otw ke Pej Penghulu untuk CTC |
Beberapa hari sebelum aku beranak sempat aku selesaikan pendaftaran online. Nasib baik la jiran aku ni cikgu, aku tanya Kak Halima macam mana nak register tahun satu. Kak Halima bagi link dan bagitau aku nanti akan buka pendaftaran. Pilihan utama kami CBN malangnya CBN dah penuh then sistem hantar ke Kg Baru. Terus buat rayuan pilih area berdekatan dengan rumah tapi under PPD Keramat. Permohonan di tolak juga sebab penuh. Jadi kekal penempatan asal. Refer sekolah asal terus kerani kat situ tolong. Mudah semuanya. Dari PPD Keramat tukar ke PPD Gombak.
![]() |
| Ikut alamat rumah, aku kena minta CTC di mukim Batu bukan Gombak Setia. Tapi kalau KK kat Gombak Setia. |
Dah settle pendaftaran SK baru boleh cari KAFA. Kat sekolah SK Naura tu ada KAFA tapi dah penuh. Aku terus call cari area rumah aku dan kebetulan ada kosong KAFA belakang rumah. Alhamdulillah Allah mudahkan. Settle semuanya.
![]() |
| Remarks untuk Lurviey. Aku susun ikut turutan dokumen tu. |
Esok aku ke tempat Majlis Anugerah Prestasi Pasti dan Lurviey selesaikan pendaftaran kat SK. Apa boleh buat, kebetulan pula hari yang sama. Semoga esok lancar semuanya.. Aamiin ..
P/S : Minggu ni betul betul sibuk...




0 Comment for "Selesai Dokumentasi Pendaftaran Tahun Satu"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)