You don’t have to be big. You have to be remarkable

Perkahwinan Gay: Arif Alfian Rosli



Salam Semua.

Perkahwinan Gay? Tak pelik pun kalau kat luar negara cuz dulu gay/homoseksual di definisikan sebagai salah satu kecelaruan mengikut DSM (DSM berapa aku da lupe la, prof bagitau tp tak letak kat otak.. ) tapi kini tidak lagi kerana ianya telah digugurkan daripada masalah psikologi dan mula diterima oleh masyarakat di luar negara. Luar negara ok BUKAN di Malaysia.




Minggu lepas kecoh kat FB and Blog bile salah seorang pelajar perubatan Dublin, beragama Islam, Melayu iaitu Ariff Alfian Rosli telah berkahwin dengan Jonathan. Ouch... Gay ok. Actually, bapa Ariff ni gagal mengesan anaknya yang telah hilang sejak tahun 2008 dan paling mengejutkan apabila Petronas telah mengeluarkan saman menuntut pembayaran balik pinjaman pendidikan yang telah diambil oleh anaknya untuk belajar dlm bidang perubatan di University College Dublin, Ireland pada tahun 2003. Jumlah tuntutan adalah sebanyak RM890,000. (wooo banyak tu... boleh beli rumah da.. )

"Saya tidak mempunyai wang yang mencukupi daripada pencen saya untuk menyelesaikan amaun. Sudah menjadi keluarga saya mengalami kehilangan kanak-kanak kita dan kini kita sedang menghadapi suatu saman juga."

Rosli berkata, Ariff terpaksa meneruskan satu semester sahaja pada tahun 2008, tetapi Petronas enggan untuk menaja perbelanjaan lebih 38000 (RM160, 000) setahun.

Beliau telah menasihat Ariff untuk meneruskan pengajian di Malaysia, tetapi anaknya berkeras untuk siswazah di Dublin dan tidak membuat apa-apa hubungan sejak.

Rosli telah membuat laporan hilang orang dengan polis, Wisma Putra dan kedutaan-kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara, dan telah membuat lapan perjalanan ke Dublin untuk mencari anaknya.


Menurut sumber, berita ini tersebar melalui blog milik pasangannya. Lihatlah gambar diatas. Hati parent mana yang tak luluh melihat anak yang telah terpesong jauh. Apatah lagi ibu yang mengandungkan sembilan bulan duk bawak perut memboyot, lagi perit kalau si ibu ada darah rendah lagi la selalu kena medical check up, inject situ inject sini. 
Entri ini bukan untuk kutuk mengutuk tetapi sebagai renungan dan peringatan bersama. Kalau diluar negara sukar untuk kita terjah dan membendung gejala songsang, tapi di Malaysia?? Bagaimana penguatkuasaannya? Kenapa tidak ada serbuan terhadap golongan ini yang semakin ramai kat Malaysia. Walaupun telah disiarkan melalui media elektronik mengapa masih belum bertindak?Sekian.

P/S: Makin hari makin ramai cuz support group yg makin kuat.

0 Comment for "Perkahwinan Gay: Arif Alfian Rosli"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top