Thursday, May 26, 2011

4 Wanita Berjubah : Hati-Hati

Salam Semua,

Wah.. Minggu ni macam-macam berita yang kite dengar di media. Berita tanah runtuh, permohonan tukar jantina dan ari ni pasal wanita berjubah pulak. Aduhai, kenapa la melakukan jenayah dengan memakai jubah. Merosakkan imej orang yang pakai jubah je. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Apapun kalau nak tahu jom baca kat bawak ni.

sekadar hiasan

4 wanita berjubah pura-pura tukar wang aktif semula

KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah yang menjalankan kegiatan menyamun di sekitar Lembah Klang dengan berpura-pura ingin menukar wang daripada mangsa selepas membeli sesuatu barang atau sengaja ingin menukar wang dikesan aktif semula.Dalam kejadian terbaru kelmarin, kumpulan wanita terbabit berusia 30-an memperdaya penjaga kaunter sebuah kedai aksesori di Taman Permata, Ampang di sini membabitkan kerugian RM1,000.

Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat wanita terbabit masuk ke premis berkenaan dengan berpura-pura membeli sebotol pencuci kereta.
“Selepas 20 minit berada dalam premis berkenaan dan berpura-pura memilih barangan, seorang daripada suspek mendakwa mahu membeli pencuci kereta dan membuat bayaran.

“Suspek memberi wang RM100 sebelum mangsa memulangkan baki sebanyak RM85. Bagaimanapun, suspek mendakwa wang terbabit rosak kerana mempunyai tanda dan mahu menukarkannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan semua wang not RM50 dari dalam mesin daftar tunai dengan alasan mahu memilih sendiri not RM50 yang lain.

“Mangsa yang tidak curiga memberikan kebenaran, sebelum suspek memilih dan mengira wang baki yang perlu diambilnya di hadapan mangsa.

“Suspek memulangkan wang berkenaan sebelum meninggalkan premis itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terkejut apabila pemeriksaan semula dilakukannya mendapati RM1,000 wang hasil jualan didapati hilang.Mangsa yang yakin kumpulan terbabit adalah penjenayah memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Harian Metro.

Tuesday, May 24, 2011

l Awas Perempuan Plastik l

Salam Bloggers...

Ari ni ari selasa. Kejap je kan. Pejam celik pejam celik da nak abis da pun bulan 5. Huhu.
Emm, smlm ada masalah teknikal sampai nk blogwalking pun tak dapat. Sigh** Anyway ari ni aku nak bercakap sikit pasal Perempuan Plastik..


Apa yang korang faham ngan perempuan plastik ni? Emm lain orang lain fahamannye. Biasa lau pompuan yang make up tebal-tebal tu orang da anggap plastik kan. Lebih kurang macam tu la.  Erk.. Actually aku teringat sorang mak cik kt kg aku nih. Muka bleh tahan la putih merah, licin, berseri-seri lagi tapi pabilaku melihat dikakinya.. Ish..ish..ish... kakinya sangat kotor. Aduhai...

Nak jaga muka perlulah jaga anggota yang lain jugak. Jangan asyik tumpukan muka je tapi kaki berdaki. Ramai pompuan yang aku jumpa macam ni. Muka perghh.. cantik.. Siap dipuji.. Kalau lelaki tgk pun cair tapi cube tgk tang kaki.. If kaki bersih pass la pompuan tu.. Kalau kaki kotor tak payah la.

Biasa kite dengan jagalah kesihatan luaran dan dalaman. Ye dalaman dan luaran sangat penting. Tapi bile sebut aspek luaran masy kita ni just nak tumpukan pada wajah dan bentuk badan. Kalau wajah cantik, tubuh cantik tapi kaki tak berjaga teruk juga. Aiyoo..


 KAKI MELAMBANGKAN PERIBADI DAN KEBERSIHAN

Mesej ini disampaikan oleh aku sendiri. Aku melihat dengan mata dan kepala aku sendiri. Jadi ini bukan rekaan. Aku sampaikan melalui penulisan agar ada pompuan plastik ni membaca statement aku dan sila bersihkan kuku kaki dan jga kaki korang. Tak setuju ngan statement aku? Korang punye hal la kan.. :)


Sekian

Monday, May 23, 2011

l Sepah dinobatkan Maharaja Lawak l

Salam Bloggers..

Asal la malam ni da la panas pas tu ditambah plak ngan ym buat hal, fb buat hal x boleh nak bukak. Nasib blog bleh bukak. Tapi mak ai payah giler nak bukak. YouTube bleh plak bukak. Bangang betul. Hangin aku. Anyway malam ni jom merewang bersama Sepah. Actually aku bru je tgk Maharaja Lawak minggu 8 coz rumah aku tak amik pakej Mustika. Sigh** Time ni la pergi buang pakej ni.
Betul ke Sepah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak 1?
Ye memang betul.. Aku la yang nobatkan dorang.

Sapa peminat Sepah kat sini?? Best kan lawak dorang minggu 8 ni. Bak komen Saiful Apek ni la lawak melayu yang betul-betul melayu. Kadang tu aku tak terfikir pun lawak dorang sampai macam tu. Bak kata Adlin Aman Ramli masa Final Raja Lawak Musim 3 yang mana Sepah punye idea Brilliant. Fuyoo.. Aku setuju. Lawak dorang bawak memang best. Tambah plak dorang berkumpulan. Lagi banyak idea dorang. Baru hidup. Hopefully dorg la Maharaja Lawak sepah lawak dorang tahap DEWA..  If dorang tak jadi Maharaja Lawak emm tak tahu la aku nak ckp apa.

Jom enjoy lawak dorang minggu 8 kt bawah ni



Semoga terhibur.. Sekian

Sunday, May 22, 2011

l 6 Tanda Wanita Meminati Anda l

Salam Semua..

Boringnye.. Ari ni abiskan masa dgn tgk tv je. Rite now pun tgh tgk drama TV3. Ok la.. Ari ni aku nak share apa yang aku baca dlm majalah mingguan wanita khusus untuk lelaki yang ingin mengenali wanita yang meminati anda. Moh le baca apa yg aku tulis ni ok.


1. Cari cara mendekati
Dia akan sengaja bertembung dengan anda, menegur anda di hadapan kawan-kawan, mengajak anda makan, keluar bersamanya dan banyak lagi. Bila dia cuba melakukan perkara ini, tandanya dia menyukai anda namun malu untuk menyatakannya secara terus terang. Wanita dikenali dengan sikap malu untuk memulakan sesuatu tetapi dalam masa yang sama, dia memang menginginkannya.

2. Perlihatkan melalui bahasa tubuh.
Ramai orang berkata, bahasa tubuh tidak pernah menipu. Lirikan mata, cara dia menjaga tutur kata, perlakuan, senyuman, penampilan dan sebagainya ketika bersama anda adalah tanda bahawa dia menyukai anda. Biasanya bahasa tubuh sering kali memberitahu seseorang wanita menyukai lelaki dan ini  dapat dilihat kepada beberapa tanda iaitu dia memandang tepat di bahagian tubuh, mendengar anda bercakap dengan penuh tekun bila bercakap dia mengusik-usik rambutnya, memerhatikan saat anda menghirup minuman malah meniru sedikit perlakuan anda seperti contoh anda meletakkan tangan ke meja. Jika itulah tanda-tandanya ia menunjukkan dia benar-benar menyukai anda.

3. Sanggup luangkan masa.
Jika tidak menyukai seseorang, anda akan menolak jika diajak keluar bersama dan memberi pelbagai alasan sibuk. Lain pula jika seseorang wanita meminati anda, tiada alasan diberikan jika seseorang lelaki mengajaknya keluar. Dia akan terus bersetuju dan sudi meluangkan masa bersama anda.

4. Ingin tahu semuanya.
Wanita yang meminati anda biasanya mahu mengambil tahu semua tentang diri anda. Ini termasuklah hal keluarga, latar belakang anda, apa yang anda sukai seperti makanan, muzik dan juga filem serta lain-lain lagi. Biasanya dia akan membuat anda senang di sisinya dalam apa saja situasi.

5. Cemburu.
Tiada wanita yang menyukai saingan. Oleh itu tatkala anda berbicara dengan wanita lain termasuklah rakan sekerja, dia akan berasa cemburu. Apatah lagi jika anda berbual mesra dengan wanita tersebut. Perlakuan ini biasanya ditunjukkan dengan jelas dan terang. Oleh itu anda sebagai lelaki harus menanganinya dengan bijak.

6. Merancang masa depan.
Wanita yang menyukai seseorang lelaki, dia biasanya akan menyatakan simpanan, masa depan, soal anak-anak, soal rumah dan sebagainya pada lelaki yang diminati. Jika inilah soalan-soalan ditanyakan kepada anda, tandanya dia memang meminati anda dan mahu jadikan anda sebagai kekasihnya.

Da baca da?? Hope korang leh detect la mana-mana girl yang suka korang tu. Apa lagi.. Semoga informasi ini berguna untuk korang.

Sekian

Sumber: Mingguan Wanita.

Saturday, May 21, 2011

l Lelaki Oh Lelaki l

Salam Semua..

Entri ni lain sikit.. Aku nak hangatkan topik berbicara tentang lelaki. Lelaki oh lelaki.. Lelaki ada mcm2 ragam. Ada macam2 kategori. Lelaki macho, hensem,nerd dan macam2. Tapi tak kisah la hensem ke,nerd ke,macho ke yang penting aku nak citer sikit pasal sifat lelaki dalam perhubungan yang kadang kala menyebabkan kaum macam aku ni hangin.. Nak tahu apa? Jom..


Peringatan: Bukan Semua Lelaki seperti apa yg aku katakan. Tapi segelintir sahaja. Ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain yang aku kongsikan serta melalui pembacaan. Aku menggunakan perkataan kami mewakili kaum wanita/perempuan/aweks. Bukan Semua Wanita atau Lelaki macam ni. Harap Faham. Sekian.

1. Lelaki tak suka kalau ada aweks kaki shopping.
Erk... kenapa lelaki tak suka pompuan shopping. Pompuan memang suka shopping. So kenapa nak halang pompuan shopping and membebel. Bukan hari-hari shopping pun. Nasihat tu bagus.. Tapi kadang kala baju and kasut,handbag dlm wardrobe perlu ditukar. Dan buruk da.. Kami mahu beli yg baru. Walaupun tak guna duit korg tapi kami guna duit sendiri (mewakili kaum aweks).

2. Lelaki tak suka aweks make up.
Hello.. pompuan suka make up ok.. Tapi tak semua la. Kenapa nak marah kalau kami make-up. Bukan tebal pun. Malu eh nak keluar ngn kami. Korang dress up tip top, kami pun mahu tip top. Baru best keluar dating. Ni tak, lelaki dress up mcm CEO tp aweks mcm orang gaji. Korang suka eh mcm tu. Bukan over pun. We know the best for us. Sigh**

3. Saya on the way.
Ni dipetik daripada majalah ujang dlm segmen ayat selamat seorang pakwe. Adoii.. Lelaki suka kan macam ni. Ckp sy on the way walhal tak bersiap lagi. Kawan aku pun ada citer mcm ni. Kenapa eh mcm ni. Kami da bersiap awal2 lagi sbb kami tahu yg kami bersiap lama tapi bila da bersiap kami terpaksa tunggu lebih lama. Adoii..

4. Lelaki rimas dengan kamera.
Wahai kaum lelaki, kami suka bergambar dan bila keluar mesti la nak ada kenangan bila keluar time tu. Bile nak snap picture ngn korang, ckp muka tak ok la, x nak la, x suka la. Apa nih... Bila kami amik gmbr sorg2 ckp kami perasan,mengada-ngada dan gediks.. Adoii tolonglah fahami kami..

5.Lelaki tak suka aweks merajuk,melenting tak tentu pasal.
ehem.. Utk pengetahuan korang pernah tak korang jumpa pompuan yg x melenting. Aku rasa mak korang pun kuat melenting. (if pompuan bisu tak melenting la ok). Tahu tak kenapa kami melenting?? Mesti bersebab. Bukan pakai hembus je.. Korang fikir la apa salah yg korang buat. Kadang tu kami tak nak ckp biar korang tahu sendiri. Bile kami merajuk, korang rimas plak nak pujuk. Tapi if tak nak kami merajuk  dan melenting berperangai la elok sikit ok. Jgn suh kami je perangai elok, sopan tp korang pun kena sopan gak. Budi bahasa kan budaya kita.

6. Lelaki lupa perkara remeh
Bgi kami perkara yg korang anggap remeh adalah besar bagi kami. Contohnya, ari pertama jumpa korang. Korang ingt ke bile, berapa ari bulan? Berday kami korang ingt ke? Emm.. And lagi satu kami tak hadap sangat pun hadiah. Cukup dengan wish and layanan yg baik daripada korang.

7. Lelaki makin di larang makin menjadi.
Kami tak tahu nak tegur mcm mane lagi. Tak kan nak tegur dengan penyepak plak. Kami tak kuat. Kami tahu. So bila kami tegur kami tak suka, maknya sememangnya kami tak suka. Janganlah cari pasal dengan kami. Cukup kami tegur sekali je then ingt la sampai korang mati.

8. Nantikan entri saya seterusnya Sikap Buruk Lelaki.

Sekian..

Wednesday, May 18, 2011

l I Miss U l

Salam Semua..

Warghh.. entri melankolik lagi.. sekian lama muncul kembali entri sebegini.. Kenapa??
I'm going back tonight to my hometown.. Happy plus sedih.. Happy nak jumpe family, Sedih nak tinggalkan Lurviey ku syg..


 *mine*

Tahun ni tak pernah berpisah lagi dengan Lurviey.. Tahun ni praktikal.. Daily setiap pagi Lurviey akan hantar aku ke stesen LRT. SETIAP HARI wooo. Tanpa jemu.. Syg honey so much...Abis praktikal daily lepak kt hall dr mlm ke tengah mlm membawa ke pagi.. Begitulah setiap hari sehingga semlm.. Sedihnye rasa hati..  Ibarat 24/7 da hidup ngn Lurviey. Berpisah pun kejap je, takat balik bilik tidur, then jumpa balik mkn n lepak..

Pesanan untuk honey barniey lurviey..

Please remember..
I love u so much and I miss u..
Syg balik tak lama.. kejap je.. then dtg sini balik and kite spent time together again okeh?
Jaga diri baik-baik..
If pergi keje tu drive carefully..
Kalo ngantuk tido eh..
I miss u honey!!!!!

Maafkan syg for everything ok..

REDZUAN-RIDZ I LOVE U N I MISS U SO MUCH

sekian..

Tuesday, May 17, 2011

l Kontroversi Rozita Che Wan l

Salam Semua..

Nampaknye aku terpaksa menangguhkan entri aku yg sepatutnye aku post kerana aku nak post entri ni dulu. Hehe.. Korang nampak tajuk entri aku kat atas tuh?? Tak nampak?? Mai aku highlight utk korang.. Yang rabun pun tak payah pakai spek lagi..
Tajuk entri aku


KONTROVERSI ROZITA CHE WAN
___________
Ok la.. Actually masa blogwalking aku nampak ramai yang tak puas hati dengan pengakuan cinta artis mantap lagi mengamcam Rozita Che Wan, kakak kepada Ayu Raudhah dengan Shahir juara AF8. Korang tak tahu?? Jom baca kisah Pengakuan Rozita Che Wan


Hampir setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang pengakuan, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang hangat bercinta.. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu…


Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…

“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.

“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” (petikan daripada Berita Harian)
___________

Masa blogwalking tu ramai yg tak puas hati dengan pengakuan Rozita Che Wan. Kenapa? Dorang kan yg bercinta and nak kawin bukan korang.. Usia bukan segalanya. Ramai je kan perempuan yg lebih berusia kawin dengan lelaki mudah. Nampak mcm tak ngam kan tapi da jodoh tuhan. Kenapa perlu disangkal. Apapun semoga mereka ke jinjang pelamin dan semoga berbahagia..

Sekian.

Monday, May 16, 2011

l Alkisah Kereta Kancil l

Salam Semua...

Terasa mcm lama tak update blog.. Tak sempat nak update.. nak kata busy tak jugak.. Kenapa eh.. Aku pun tak tahu.. Ok la berbalik kepada entri di atas, sebelum tu aku nak tnye korang, mesti korang pernah dgr pepatah "Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga" kan.. kan..kan..kan... Jawab la.. (jawab dlm hati je). So jom aku nak citer kat korang kisahnye...
Ok..ok.. actually aku da lama terasa anti kat kereta kancil ni.. Adoii.. tapi bukan kepada jenama perodua ok tapi sikap pemandu perodua kancil. Suka sangat bawak kete bukak lampu besar.. Eee... Sakit hati aku..

Peringatan: Bukan Semua Pemandu Kereta Kancil berperangai seperti s**l tapi kebanyakkan yang aku jumpa macam tu. So sapa yg makan cili dia yg terasa pedas ok.

Emm.. Actually da lama aku nak tulis pasal ni sebab aku memang tak puas ngan pemandu kete kancil ni. Tapi akhirnya ari ni aku rasa sangat tak puas hati so aku pun buat entri ni. Eee.. kete lain pun ada jugak bukak lampu besar tapi eee... bukan nak mengutuk tapi sedar la sikit da la bawak kereta kancil lepas tu nak bukak lampu besar. Tak cukup lagi ke lampu jalan yang kerajaan sediakan. Lampu besar ni adalah satu punca kemalangan kalau kat highway nk bawak bukak lampu besar tu tak pe jugak. Bongok sungguh..

Bawak la dengan berhemah. Kalau ada kereta tu bersyukur. Tak kisah la kete apapun. Bukan nak mengutuk. Sekadar nak luahkan perasaan tidak puas hati. Tak kisah la tua muda lelaki pompuan yang drive yang penting berhemah la di jalan raya.
Sekian..

Saturday, May 14, 2011

l Five Moment Of Infidelity l

Salam Semua..

Wohoo.. ari ni aku nk story2 pasal movie Five moment of Infidelity. Memula confuse aku nak faham movie ni.. Apa la citer ni..Akhirnye baru la aku faham rupe-rupenye pasal kecurangan dalam perhubungan. Walhal kt tjuk movie tu da jelas-jelas da kan. Bongok betul.


Movie ni memuatkan 5 kisah perhubungan yang menceritakan kisah perhubungan suami-isteri, persahabatan, and GAY pun ada jugak.. Anyway tengok movie ni bukan sekadar tgk sahaja ok tapi kena la thu apa moral of story.. Apa kisah pengajaran yang diselitkan. Dalam perhubungan apa yg penting mestilah jujur. Kejujuran tu jujur dalam perhubungan. Bile tiada lagi nilai kepercayaan dlm perhubungan maka semuanya tak berguna lagi. Nak dapatkan semula kepercayaan? Tak semudah di sangka.. Ingat tuh..

Anyway aku ingt nk upload full movie dlm entri ni tp disebabkan movienya ada unsur-unsur yang kurang sesuai untuk tontonan umum jadi aku x leh la letak movie tu kt sini. Besides bukan semua blogger umur 18 thun ke atas kan. Ada blogger yg belum cukup umur.. :) Erk.. jangan marah..

Tapi kalau korang nak leh request kt komen entri ni. Aku akan bgi korang..

Ok la.. Aku kasik trailer movie ni la.. korang leh tgk.. Mana tau berminat nk tgk ke kan.. :) Jom layan..

Best tak?? Rasa-rasa korang berminat nk tgk tak?? Berminat komen kat entri ni.. Nnti aku bagi full movie kt korang.. :)

Anyway ada byk lagi movie yg aku review..

Sekian.. Selamat Menonton.. :)

l Blogger Unavailable : Aku Bengang l

Salam Semua..

Seharian aku bukan nak post entri terbaru dr siang sampai ke mlam. Bile nk log in je keluar Blogger Unavailable. Nasib blog aku tak hilang.. Yang hilang hanya entri.. Wohoo.. Geram kot entri hilang.. Apa ni.. Aku penat-penat wat entri then hilang mcm tu. Kenapa. KENAPA!!!!
Kenapa ini mesti terjadi.. Adoii.. Tapi tak pe lah.. Skang da dpt log in and dpt blogging semula.. Emm.. anyway kolej semakin sepi.. Semua orang da kemas2 and check out. Aku masih tak kemas.. Baru je 10 persen kemas. Da la barang banyak lagi yg belum kemas..

Anyway kepada semua blogger semoga anda semua happy dan selamat berblogging. :)

Tuesday, May 10, 2011

l Taktik Suami Gatal l

Salam Semua..

Haha.. entri ari ni aku nak share drama sebabak dlm Bujang Sepah Si Lalalitamplom. Erk.. actually aku baru je tgk. Maklumlah kt kolej aku ni x de astro.. tv pun tak de.. Masa pun tak de nk tgk youtube. So da abis praktikal ada la masa. So smlm aku tgk.. haha..Apa yg aku nak share kat sini adalah pasal si suami gatal..

Lelaki tua ni mmg gatal eh.. Pas tu yg pompuan muda plak gedik. Aku pelik jugak ni. Laki org yg berkedut kerepot pun nak sebat. Adoii.. Si lelaki yg gatal lak even depan suami pun da miang sgt mcm2 taktik ada nk tackle pompuan. Cuba tgk video drama kt bawah ni. Tgk sampai habis..


Apa pendapat korang? Depan bini pun berani buat kan mcm tu. Belakang bini tak tahu lah apa lagi yg dibuat. Aduhai.. Da tua pun masih nak menggatal. Masa part yg berpimpin tgn tu Pak Hamid ckp da lunyai kat bini tu teringat lagu senario Sebelum dan Sesudah. Yang bagusnye cucu yg report. Hidup kena ada spy. Leh thu maklumat.

Sebelum berkeluarga, jalan-jalan berpimpin tgn pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga, dah mula rasa nak pimpin tgn isteri pun da naik malas
Suami sebatu didepan isteri dibelakang.

Betul ke macam ni. Kenapa romantik2 tu time muda je. Tua-tua bila pegang tangan je ckp da tua la perangai tu elok sikit la. Perlu ke mcm tu..
Sekian. Apapun aku suka citer ni. Lawak (gelak tak henti)..


l Aku dan Teh Tarik l

Salam Semua...

Wohoo.. Sekian lama nak post entri ni akhirnya ari ni aku nk citer sikit pasal teh tarik ni. Actually aku ni bukan penggemar teh tarik. Aku sangat tak suka teh tarik. Asal minum teh tarik je mesti perut aku sakit. So disebabkan itu aku tak kan minum teh tarik. Aku pun tak pernah mimpi pun nak minum teh tarik. Kasik free pun aku tak nak (berlagak woo). Haha.. Bukan nak berlagak tapi nak menjaga perut aku.


Tapi satu hari.. jeng..jeng..jeng.. masa tu supervisor aku dtg tmpt aku practical nk supervise aku la then after da bincang apa masalah cara penyelesaian semua tu then Dr pun ajak aku turun kat Bistro minum and makan. Dr belanja. Huhu. Jimat duit. Kebetulan ari tersebut aku busy tak sempat nak makan sebab ngah interview budak utk jadi member PRS. Then tak sempat nak mkan. So bila da Dr nak belanja aku pun apa lagi mkn mee tom yam la tp time tu Dr suh kitaorg (aku n partner aku) order teh tarik Sejak jumpa Dr asyik puji teh tarik tu sedap sgt2. Aku da rasa takut da masa tu. Adoii abis la perut aku. Disebabkan nak menjga hati supervisor aku, so aku pun order la teh tarik. Bile da order tu then tiba time makan. So baca bismillah then aku tak sabar da nak menyantap mee tom yam ni. Tgh sangap nak mkan tom yam then Dr suh aku try teh tarik tu dlu. Woo mcm ugut tu. So aku try la.. Perghh... Buat pertama kalinya dlm hidup aku minum teh tarik yang enak dan lazat. Aku tak pernah rasa teh tarik macam tu.

Sejak dari itu aku menjadi seorang yang ketagih teh tarik. Setiap minggu 23 kali jugak la aku akan beli teh tarik tu. Partner aku pun nak thu kenapa teh tarik ni sedap then check mcm mane orang tu buat teh tarik. Rupa-rupanya dengan mesin. Ada mesin teh tarik. Patutlah buihnya halus gitu. Da la sedap. Partner aku pun ketagih ngn teh tarik. Huhu. Sampaikan time Dr dtg kali kedua utk supervise kitaorg ada buat mkn2 sikit kitaorg pergi beli satu jug air teh tarik. Wohoo.. Aku bantai kaw-kaw la time tu. Free tu. Abis praktikal aku tak dpt lagi minum teh tarik tu. Tak thu kat mana ada. Pergi sana balik? Tak de maknanye aku nak menjejakkan kaki ke situ lagi. Huhu..

Anyway mesej utk bakal tunang/suamiku tercinta (Redzuan-Ridz)

" Please buy me this machine"

Kalau ada mesin ni kat rumah aku senang sikit nanti. Pergi je tekan. Jimat duit kan. Tak yah nak beli kt kedai lagi. Setakat ni aku tak percaya teh tarik kt kedai2. Takut sakit perut. (mindset). 

Sekian

Monday, May 9, 2011

l Canon Powershot A470 Utk Dijual l

Salam Semua...

Mlm ni nak jadi bisneswoman jap. Actually kat sini aku nak jual Kamera Canon Powershot A470. Lebih tepat lagi Kamera blogger Redzuan-Ridz (RR). Blogger RR nak jual kamera ni coz RR bukan jenis orang yang suka guna kamera plus kat rumah banyak kamera tapi ntah macam mana masa aku nak beli kamera ari tu RR pun nak beli jugak. So kamera tu baru digunakan sekali oleh RR. Tu pun digunakan masa cousin kawin. Then kamera tu kini tak digunakan lagi.

Oleh itu RR nak jual kamera tu. So aku nak buat review la sikit pasal kamera ni.


ni la kamera RR


Kamera ni:
Megapixel : 7
Zoom: 4x
LCD Screen: 2.5 inches
Dimensions: 104.8 x 55.1 x 40.7m
Weight: 165g
Battery: AA
Memory Cards: SD/SDHC
Price: RM499.00

RR Price: RM280/ NEGO (w/out SD)



Jika anda berminat untuk membeli kamera ini anda boleh menghubungi RR di 0122377399/0132825626. Siapa yang tinggal kat area PJ atau KL boleh berjumpa terus dengan RR. Anda dapat kamera bersama kotak kamera dan casing kamera. :) (Serious buyer only)

Selamat Membeli!!!

l The Big Hit Movie l

Salam Semua...

Ya bertemu lgi ye kite...Emm aku tetiba terasa nak buat segmen movie je.. share ngan korang movie2 yg mungkin tak de di pawagam tp ada di dlm youtube. Nanti la aku ada masa aku buat pages khas utk koleksi movie dan aku sediakan link utk korang download. Full length movie ok.. Tak main part by part ni.. Jenuh nak tgk..


Ok la.. Ari ni aku nak share pasal The Big Hit Movie. Jom ushar jln cite movie ni mcm mne.
Citer ni thun 1998. Pelakon die pun aku tak kenal. Time tu aku bru darjah 5. Baca la plot kt bawah ni.

Melvin Smiley, a successful young hitman, is living a normal all-day life for his jewish fiancé Pam, but kills for money in Paris' organization. In addition, he has a relationship with a beauty from the neighbourhood and gets bothered by a pimply video store guy, because he did not return "King Kong Lives" for two weeks. He and his three teammates Cisco, Crunch and Vince one day decide to kidnap the daughter of super-rich businessman Jiro Nishi - off the record. What they do not know, is that Jiro just went completely bankrupt due to a successless movie production, and, even worse, that his daughter Keiko is the god-daughter of Paris, the boss of the kidnappers. He and his men are now searching for the kidnappers in order to grind them up properly. Meanwhile, handcuffed Keiko falls in love with killer Melvin while both preparing a kosher meal in order to satisfy Pam's visiting parents, who are out of the house with Pam - with a body in the trunk (plot dipetik disini)

Citer ni penuh dgn action.. Best woo.. So aku suggest korang tgk la.. Korang da baca kan plotnye. Kalau minat tgk n download la kat bawah ni. :)


Selamat menonton..

Sekian.

l Al-Kisah Bloggers l

Salam Semua...

Hari ni aku nak cakap pasal blogger-blogger. Walaupun aku bukan otai dan jarang update blog tapi aku masih mengikuti perkembangan blogger2 pujaan aku. Erk.. Emm honestly tak de blogger pujaan pun. Sekadar datang baca entri dan komen. Hehe..



Ok la.. Tak kisah la pasal tu kan.. Ok jom baca apa yg aku nak ckp...

1.Blogwalking.

Adakah blogwalking tu satu kemestian dalam dunia blogging? Ya, sebab blogger nak up traffic so kena la blogwalking, blogjogging dan mcm2 la. So apa yang penting kena ada shoutbox utk memudahkan blogger yang datang tinggalkan link utk anda follow2 betul x.. Tapi ada la alkisahnya dimana ada blogger dtg tinggalkan link and suh anda follow then bile and follow then si blogger ni tak nak follow anda.. Alkisahnye...

2.Nuffnang.

Dalam blog iklan nuffnang mesti wajib ada.. So blogger dpt jana pendapatan dengan nuffnang.. Aku nyer akaun nuffnang tak gempak mcm blogger lain.. Sikit je.. Tapi biasanya ada yg dtg tolong blogger lain klik nuffnang tapi kunjungan klik nuffnang tidak dibalas. Alkisahnye..

3.Copy Paste Entri

Perghh.. Ni satu lagi kisah tragis di mana ada blogger yg penat2 buat research cari informasi utk share ilmu ngn orang lain then ilmu tersebut telah dicopy pastekan (tukar tajuk ) dan dihak milikkan oleh blogger lain. Patutkah?? Tak patutkan. Da la mengaku tu hak sendiri. Kredit pun tak nak bagi.. Seperti yg berlaku kt blogger Redzuan-Ridz  So blogger yg ingin berkongsi atau menggunakan informasi yg diperolehi oleh blogger lain sila minta kebenaran terlebih dahulu. Bila dipersoalkan nnti x pandai jawab pastu kantoi... Alkisahnye..

4. Gmbr-Gmbr.

Wohoo.. aku suka stalk blogger baca entri personal sambil tgk gmbr2. Tapi yang aku perasan ramai blogger perempuan yang meletakkan gmbr baby,honey,syg,cinta hati dan seangkatan dengannya. Tapi blogger lelaki tak de plak.. Kenapa eh? Malu ek? (Sila jawab). Alkisahnye..

5. Follower

You follow  me, I follow you. Haha.. Ni biasa la kan. Aku pun ada buat mcm ni. Sapa follow aku, aku follow balik.. Aku pun ada follow blogger2 lain walaupun tidak difollow balik. Alkisahnye..

6. Blogging?

Kenapa orang suka blogging? Sebab nak sampaikan maklumat la kan. And share macam2. Dulu aku masa mula2 start punye tak tahu macam mana la org lain ada template punye cntik, dgn header la,glitter la.. So trial and error. Then da thu sikit demi sikit. Tujuan aku blogging selain nak share info ngn blogger lain (jika suka bace akunye blog) adalah nk lepaskan apa yang aku rasa and apa yg aku pendam. Jenis aku tak suke nak luah verbally. Aku tak thu mcm mne nak ckp. Huhu.. Tapi if orang ada masalah sukar nk luahkan masalah if dalam kaunseling buat je art therapy.. :) Alkisahnye..

Ni la alkisahnye apa yang aku lihat dan dengar. Ni bukan cerita bohong. Aku bukan nak buat-buat cerita. Aku tulis berdasarkan apa yang aku nampak.

Sekian.

Sunday, May 8, 2011

l Gonna Miss Campus Life l

Salam Semua...

Practikal da abis... tapi skang bru ada entri nih.. Tak de masa buat post tentang ni.. Sebab abis je praktikal fokus pada latihan ilmiah.. Ye latihan ilmiah.. Tak payah la sebut thesis.. Masa buat PhD je kan.. So da siap edit-edit latihan ilmiah tu dengan confident nya aku pun pergi la jilid.. Bile da antar salah spacing plak.. Apa boleh buat.. Duit x de da nak tukar.. So aku hantar la yang salah.. Hopefully tak fail la.. X kan la sebab spacing nk gagalkan aku.. Aku bako fac tu.

*girls with Queen Diana*

Praktikal da abis, latihan ilmiah da beres maka berakhir la tugas aku sebagai seorang pelajar kaunseling tahun akhir UM..macam kejap plak masa berlalu. Dulu masa first year lepak ngan member siap cakap lambatnya tahun empat. Da letih la nak belajar. Tapi skang macam rindu nak belajar. Sambung Master?? Plan tu ada la tapi buat masa skang ni aku nak keje bayar ptptn la dlu kan..

Aku belajar banyak perkara kt kampus. Macam2 ragam orang aku jumpa.. Haha.. Ragam aku pun sama.. Tak suka aku akan act as tak suka. Tak de maknanye aku nk bermuka-muka. Da tak suka buat apa nak hipokrit kan. Perkara buruk yang pernah aku buat kat UM adalah ponteng kelas. Seumur hidup aku tak pernah ponteng kelas. Tapi kat UM ntah macam mana ntah aku ponteng. Haha.. Buruknya perangai.

*Best Frens*

Aku rindu nak buat assignment. Warghh.. aku paling suka assignment individu. I'm prefer individual assignment than group assignment. Susah nk bekerjasama. Aku tahu tu.. Lagi2 aku bukan orang yang suka buat keje last minit. And ramai member aku suka buat keje last minit. Aku akan pastikan assignment aku siap dua minggu sebelum due date.

Ok la.. Back to reality.. Now it's time to seek a job. This wed ada interview.. I wish i got the job.. I love being student counselor. Coz i know educational setting is my world actually. I just realized it. OMG.. Emm.. Wish me luck.. Sekian.

l Danger Movie: Aku Tak Percaya Orang l

Salam Semua...

Skang mood nak update blog sudah kembali.. Mood nak keje pun semakin menjadi-jadi, senang citer aku dlm mood MANIA. huhu..Alhamdulillah ari ni tak panas seperti semalam. :). Ari ni jom review movie.


Anyway yesterday aku download Danger Movie. (Download la kalau korang suka). Hindi movie. It's a nice movie.. Nilai utama dlm citer tu is Never Trust Anyone. Aku sangat susah nk percaya orang. Usahkan yang baru setahun yang kawan dengan aku tapi yang da kawan dgn aku 8 tahun pun belum tentu dapat beli kepercayaan aku. Dalam hidup aku, aku dapat bilang berapa orang sahaja yang bleh aku percaya selain daripada Family aku. Yang lain tu sukar aku nak percaya.

Ada insiden yang menyebabkan aku sukar nak percaya. Macam mana nak percaya depan mata aku sendiri. Di tambah lagi dengan kehidupan sekarang yang pelbagai jenis ragam manusia lagi susah aku nak percaya orang. Kadang tu aku tak faham kenapa manusia sanggup tikam belakang kawan sendiri..


Anyway sapa yang nak tgk movie tu, download la kt atas.. full length movie tu.. Tak yah nk tgk part by part lagi.. Senang kan.. Aku da bgi, korang download n tgk je.

DANGER: YOU CAN RUN BUT YOU CAN'T HIDE

l Nilai BlogWalking l

Salam Semua blogger...

Entri kali ni khas utk blogger. Tak kisah la blogger otai ke, blogger baru ke yang pasti khas utk sesapa yang ada blog.


Ok la.. Honestly la aku rasa hanya 40% sahaja blogger yang berblogwalking ni yg baca entri. Yang lain tu sekadar dtg tinggal link and tinggal pesanan utk follow balik then dtg baca entri and bla..bla..bla..
Adakah blogger yg berada dlm dunia blogging ni sekadar blogwalking dan nk up traffic je. Singgah hanya utk traffic dan klik nuffnang. Tapi baca tak entri blogger lain? Ye baca tak semestinya komen.. Kadang tu susah nk komen membuatkan blogger pun malas nk komen..

Jenis aku cukup la aku baca tp kalau yg susah nk komen aku x dapat nak komen. Aku punye blog pun aku rasa mcm susah nk komen. Emm.. tentang penggunaan software utk blogwalking tu pun sama. Mesti blogger yang update entri terkilan sbb ada blogger yg dtg sekadar campak entri. Then kalau blogger tu ramai follower terus judge yang blogger tu famous.. Macam tu ke.. Bile blogger tu da ramai follower then perlu ke sikap seorang blogger tu bertukar jdi bongkak dan act mcm dri tu bagus sangat.. Sebab follower ramai. PERLU KE????

Erk.. macam nada tak puas hati je kan.. Ye memang. bukan tak puas hati cuma terasa macam tak patut la nak bersikap sedemikian.. Ramai lagi blogger otai yang bagus yang da lama dlm dunia blogging ni. Tegur biarlah berhemah. Tak perlu la nak tegur dengan bongkak dan sombong.. Ibarat ilmu penuh di dada. Tak paham betul aku..

Adakah Nilai blogwalking=

               datang campak link +tinggal pesanan x klik nuffnang = up traffic + dapat duit

Entri anda yang update setiap hari??
Ada komen di kira hebat, x de komen di kira tak hebat??
Begitukah??

Pasti blogger ada jawapannya.. Jawab sendiri..

Sekian...

Saturday, May 7, 2011

l Aku Benci Perokok l

Salam Semua...

Emm.. ari ni tetiba emo nak buat entri pasal rokok.. Adoii.. kenapa la wujudnya rokok ni.. Honestly aku memang tak suka bau asap rokok dan aku menyampah tengok lelaki perokok..Bajet macam macho sangat la hisap rokok. Yg betina hisap rokok pun lagi satu. Kau tak reti bahasa ke rokok tu bleh bagi effect kat sistem peranakan kau. Memang dasar bitch la.



Apa yang best dengan rokok pun aku tak tahu. Papa aku memang perokok. Emm nak tegur pun susah.. Tapi yang penting papa aku tak kan hisap rokok depan aku la. Sebab?? Ada satu insiden yang mana aku terbau asap rokok, then suddenly aku sesak nafas and tak dapat nk tidur. Sumpah aku rasa time tu mcm nak mati. Apa lagi.. Mama pun membebel la. Start ari tu asal papa nak merokok je kena duk luar rumah (time aku balik rumah). Alhamdulillah adik lelaki aku bukan seorang perokok. Hisap rokok ibarat membakar duit. Nothing..  Da la bazirkan duit lepas tu pendekkan umur plak tu.

Kadang tu tertanya jugak macam mana life perokok tegar. I still remember one of my lecturer ckp rokok boleh panjangkan umur. But for me rokok tetap membahayakan kesihatan. Dan aku percaya bahawa ajal maut tu kuasa Allah. Apa yang pasti aku tak akan menerima perokok dalam hidup aku.

Kepada si perokok yang membaca ni, teruskan merokok. Tak payah berhenti merokok selagi tak de sakit paru-paru. Kalau anda si perokok mendapat awek yang tak suka perokok anda better anda pilih rokok sbb aku rasa perokok tak dapat berpisah dengan rokok.

Sekian...

Friday, May 6, 2011

l Apa Kata Hati: Hati Merajuk l

Salam Semua..

Ari ni datang sapu habuk sikit kat NBL ni. Singgah kejap2 je.. Busy...



Berbalik kepada entri di atas.. Apa kata Hati? The best person utk bercakap adalah Talk to YourSelf..
Yes.. Definitely.. Cakap dengan diri sendiri.. Aku lebih suka untuk bermonolog dengan diri sendiri daripada bercerita kepada kawan-kawan atau family.. Aku percaya setiap masalah ada penyelesaian. Am I using Defence Mechanism?? Emm perhaps not.. I dont think so. Sejak dulu apa jua masalah aku lebih suka simpan dalam hati aku. Berkongsi dengan orang memang bagus tapi tersilap luahkan aku yang sakit. So daripada sakit better tak payah cakap kan. Tuhan sentiasa ada bersama aku.

mood nak lempang betina and jantan

Hati merajuk?? Ye memang hati merajuk... Malas lagi berbicara tentang apa yang tak pasti. Aku sakit hati. Aku cemburu, Aku melankolik bla..bla..bla.. Segalanya negatif.. Oh Tidak... Sekarang aku nak fokus pada kerjaya aku dan macam mana nak dapatkan duit and tolong family.. Dan dalam masa yang terdekat aku tak mau fikir pasal tunang and kawin. Ada jodoh ada la kan. Sampai seru kawin la. Aku da malas nak amik tahu da. Balik-balik hati sakit..

Duhai hati janganlah merajuk. Masa akan menentukan segalanya. Cepat atau lambat sahaja.
Duhai hati janganlah bersedih dan be strong..



Aku Rela Tak Kahwin

Salam Semua...

Erk.. Statement berani mati dari aku.. Haha.. Ye memang statement berani.. bukan berani tapi tegas menyatakan hak aku.. Blogger pompuan yang baca ni please take note.. Aku nak tanye. Korang nk ke kawin ngan JANTAN.. Aku rela tak kawin daripada bersuamikan jantan. Sekali aku tak percaya sampai mampus aku tak percaya.. Sekali buat silap aku boleh maafkan.. Kali kedua buat silap sorry la der.. That's for aku lebih prefer be yourself.. I'm being my self.. Tapi ada girl dikalangan member2 aku bila ngan bf masyaAllah perangai baiknya.. Sopan je.. Makan pun sikit je. Walhal pompuan tu suka melantak. Wat pe nk sorok2 hipokrit kan.. Tunjukkan je perangai.. So senang.. Tak sesuai tak yah kawin.

Honestly aku jeles tgk status kawan2 aku yang dah pun bertunang and ada yang da nak kawin and ada yang nak kawin.. Tp ari ni aku malas lagi pk. Penat.. Bodoh je kan nak jeles.. Masa aku belum tiba.. So malas lagi nk pk pasal kawin..

MODE: LOVE IS COMPLICATED!! SOMETIMES SINGLE IS BETTER THAN COUPLE. Hati orang lain je nak jaga.. So better jaga hati sendiri..