You don’t have to be big. You have to be remarkable

l 6 Tanda Wanita Meminati Anda l

Salam Semua..

Boringnye.. Ari ni abiskan masa dgn tgk tv je. Rite now pun tgh tgk drama TV3. Ok la.. Ari ni aku nak share apa yang aku baca dlm majalah mingguan wanita khusus untuk lelaki yang ingin mengenali wanita yang meminati anda. Moh le baca apa yg aku tulis ni ok.


1. Cari cara mendekati
Dia akan sengaja bertembung dengan anda, menegur anda di hadapan kawan-kawan, mengajak anda makan, keluar bersamanya dan banyak lagi. Bila dia cuba melakukan perkara ini, tandanya dia menyukai anda namun malu untuk menyatakannya secara terus terang. Wanita dikenali dengan sikap malu untuk memulakan sesuatu tetapi dalam masa yang sama, dia memang menginginkannya.

2. Perlihatkan melalui bahasa tubuh.
Ramai orang berkata, bahasa tubuh tidak pernah menipu. Lirikan mata, cara dia menjaga tutur kata, perlakuan, senyuman, penampilan dan sebagainya ketika bersama anda adalah tanda bahawa dia menyukai anda. Biasanya bahasa tubuh sering kali memberitahu seseorang wanita menyukai lelaki dan ini  dapat dilihat kepada beberapa tanda iaitu dia memandang tepat di bahagian tubuh, mendengar anda bercakap dengan penuh tekun bila bercakap dia mengusik-usik rambutnya, memerhatikan saat anda menghirup minuman malah meniru sedikit perlakuan anda seperti contoh anda meletakkan tangan ke meja. Jika itulah tanda-tandanya ia menunjukkan dia benar-benar menyukai anda.

3. Sanggup luangkan masa.
Jika tidak menyukai seseorang, anda akan menolak jika diajak keluar bersama dan memberi pelbagai alasan sibuk. Lain pula jika seseorang wanita meminati anda, tiada alasan diberikan jika seseorang lelaki mengajaknya keluar. Dia akan terus bersetuju dan sudi meluangkan masa bersama anda.

4. Ingin tahu semuanya.
Wanita yang meminati anda biasanya mahu mengambil tahu semua tentang diri anda. Ini termasuklah hal keluarga, latar belakang anda, apa yang anda sukai seperti makanan, muzik dan juga filem serta lain-lain lagi. Biasanya dia akan membuat anda senang di sisinya dalam apa saja situasi.

5. Cemburu.
Tiada wanita yang menyukai saingan. Oleh itu tatkala anda berbicara dengan wanita lain termasuklah rakan sekerja, dia akan berasa cemburu. Apatah lagi jika anda berbual mesra dengan wanita tersebut. Perlakuan ini biasanya ditunjukkan dengan jelas dan terang. Oleh itu anda sebagai lelaki harus menanganinya dengan bijak.

6. Merancang masa depan.
Wanita yang menyukai seseorang lelaki, dia biasanya akan menyatakan simpanan, masa depan, soal anak-anak, soal rumah dan sebagainya pada lelaki yang diminati. Jika inilah soalan-soalan ditanyakan kepada anda, tandanya dia memang meminati anda dan mahu jadikan anda sebagai kekasihnya.

Da baca da?? Hope korang leh detect la mana-mana girl yang suka korang tu. Apa lagi.. Semoga informasi ini berguna untuk korang.

Sekian

Sumber: Mingguan Wanita.
0 Comment for "l 6 Tanda Wanita Meminati Anda l"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top