You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bapa Dirang Bebas Reman

Assalamualaikum

Susulan kes pembunuhan kanak-kanak malang, Dirang atau Nur Nadirah. 


JOHOR BAHRU: Bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau panggilan manjanya, Dirang, yang ditahan reman disahkan tidak terbabit dalam kes pembunuhan anaknya dan akan dihantar pulang ke negara asalnya, Filipina kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Beliau adalah antara empat individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan susulan pembunuhan Dirang. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata siasatan mendapati lelaki berusia 30-an adalah warganegara Filipina dan tidak mempunyai dokumen perjalanan. 

"Kita sudah kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) dan arahan sudah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dirang yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, 1 Mac lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai dilakukan.

Mohd Mokhtar juga mengulangi kenyataan beliau bahawa individu yang terbabit dalam kes pembunuhan Dirang kini berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.

Katanya, polis masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut.

Katanya, tiga suspek berusia lingkungan 30-an termasuk seorang wanita itu yang semuanya penagih dadah, akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman. 

Sumber: Berita Harian Online

P/S: Hukum gantung je si penagih ni.. Tak dak akai...


1 Comment for "Bapa Dirang Bebas Reman"

pagi mabak...!http://insanicita.blogspot.com/

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top