Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cari Serbuk Koko Di Rakan Greenwood

 Assalamualaikum... 

Cari Serbuk Koko Di Rakan Greenwood | Tetiba tengok orang jual kek coklat moist terus teringin nak makan kek coklat. Lepas tu terfikir macam nak buat muffin yang kecil comel untuk hantar kat surau. Plan je, jadi ke tak belum tahu lagi. Petang tadi sebelum Asar ajak Lurviey pergi Rakan Greenwood. 


Nak cari cup ni je pun ambil masa juga. Nak saiz macam mana, warna apa. Aryan yang tolong pilihkan tadi. Settle ! 


Tempat kegemaran seorang baker. Masuk Rakan ni bau wangi. Rasa macam lapar sepanjang masa duk dalam ni dengan bau manis vanilla. 


Boleh tahan juga harga serbuk koko ni. Beli 500g je. Aku datang sini memang cari kek koko je. Dulu pernah beli premix cookies macam famous amos tu tapi tak sedap brand Rakan ni. Aku prefer premix kat Bake Well tapi nak ke arah Sri Gombak nak hadap jem semata nak le Bake Well memang malas la


Tart shell pun ada jual. Macam teringin nak cheese tart tapi macam kurang rajin. Last aku buat cheese tart tahun 2014  dengan mama. - Bluberry Cheese Tart - Mama buat tart shell. Tapi sekarang nak buat lagi mudah sebab dah ada orang jual siap dah tart shell. 


Ini budak banyak happy sebab dapat jalan jalan. Ke main 'menyengih' je dalam Rakan tadi. Selsema Aqeel makin better walaupun tidur macam terganggu juga. Aryan dan Naura pun selsema juga. Rasanya kena hujan masa nak hantar nenek apong naik kereta Ahad hari tu. Semoga anak³ mommy semua cepat sihat sembuh daro selsema dan batuk. Aamiin.. 

Barang nak buat kek atau muffin dah ada tapi kerajinan belum sampai lagi ni. 

Tag : emovere
0 Comment for "Cari Serbuk Koko Di Rakan Greenwood"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top