You don’t have to be big. You have to be remarkable

Dirang Di Bunuh Pada Hari Hilang

Assalamualaikum

Selamat pagi Semua.. Ok malas nk ulas panjang but InsyaAllah I will follow kes pembunuhan Dirang/Nur Nadirah. 


JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.


Sumber: Kosmo Online

P/S: Binatang pun tak mcm ni.. Serious aku geram!!!!

 




5 Comment for "Dirang Di Bunuh Pada Hari Hilang"

adohai.. nenek punya hal cucu jd mgsa..hmm sedih betul otak orang zaman sekarang ni, penuh dgn dendam..

syurga buat adik dirang,neraka buat si jahanam tu!!

thp kesihatan mental masy malaysia smkin merosot.. dendam kat org lain, tapi org lain yg kena..
Bile agama letak kat belakang ini la jadinye.. Syaitan bersorak gembira.. Ishh..

Al-fatehah buat adik dirang..
harap hukuman yg stimpal di berikan pada pmbunuh!

manusia makin kejam.. ngan budak pun takde belas kasihan.. em

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top